Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau.. jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.
Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu. Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif.
"Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua-dua pompuan yang mula termuntah dalam lif.
2 comments:
Gasak engkau...Kena la penangan telur rebus mamak.Nak blagak sgt
ahahah...yg ni best
Post a Comment