KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Tuesday, July 21, 2009

AKTIVITI KEM PLKN DE BANA

Salam Kasih Sayang & salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan di alam maya. Lama betul saya tak up date blog nie... dah berhabuk pun... Jutaan maaf pada semua... kesibukkan kerja agak membataskan pergerakkan saya untuk terus aktif...

Tapi tak pe, saya cuba luangkan masa untuk kawan-kawan ok. Kat bawah ni Lin ada tampalkan beberapa keping gambar sepanjang KUMP 2 & 3 PLKN di Kem De Bana, Jempol. Kalau yang tak tahu apa aktiviti yang kami buat sepanjang tempoh 3 bulan tu, tgk lah gambar kat bawah nie. Harap2 ada lah yang berminat nak mendaftar kan diri sebagai pelatih untuk akan datang ea.. ataupun kalau ada yang berminat nak jadi Jurulatih macam Lin ke, apa salahnya... hehe...


Pertandingan sukan Air. Kayak, Rakit & macam2 lagi lah. Masa pertandingan ni, kompeni yang Lin jaga dapat tempat juara. Best giler masa tu. Yang pasti piala dalam tangan untuk company kami.



KEmbara Halangan.... Lin jaga kat tempat nie. Ramai yang jatuh. nak-nak wirawati ( pelatih perempuan). Jurulatih yang lain dah berbuih mulut cakap, kalau termasuk dalam kolam tu, mata akan di potong, tapi terjatuh gak diorang nie. eiii.. dah lah mandi air katak.




Masa nie kami ada Program Khidmat Komuniti, tapi kali ni kami buat dalam kem jer.. Kat luar ada H1N1. Bahaya!!!





Kali ni baru dapat keluar. Suka sgt d'org. dah lah dapat jumpa adik2 tadika yang comel tuh.









Lepas ni bolehlah jadi Bomba & Polis pulak eh...


























Ok, dah habis pun. Sebenarnya banyak lg gambar dan aktiviti yang kami buat. Derma darah, persemabahan, sketsa, tawa dan air mata... makan bersama,,, byk lagi la. tapi setakat ni dulu lah eh yang Lin boleh bagi, sampai jumpa lagi. Kepada bekas2 pelatih KUmp 2 & 3, jaga diri hiasi peribadi... Cikgu Lin sayang kowrang... MUahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Thursday, July 9, 2009

THANKS TANGKAS KENDIRI

Jumpa lagi kita.. kali ni sy nak bawak semua pergi jalan2 di Kuala Kangsar Perak. Sebenarnya kami ada kursus Pembinaan Karakter selama 2 minggu di Kem PLKN Tangkas Kendiri.. Jom tgk apa yg berlaku..."


Hah, penuh barang satu kereta. Sy ngan member 2 org pakat g sama2... padahal asal lain2 tu, sorang dari Melaka, sorang dari Pahang dan sy sendiri dr N.9. tp kami jumpa di KTM Nilai. Penat sgt drive sorang2 dari Seremban Ke Kuala Kangsar. Member 2 org tu tak ada lesen, dgn hujan lebatnya... dgn sesatnya.. perghhh... tak boleh lupala...



bukan termenung.. tapi menikmati pemandangan.....




Kata org, kalau merantau kat tempat org tu, kita kena pandai ambil kesempatan untuk berjalan.. Macam2 tempat kami singgah. Mmg best lah pergi Kuala Kangsar. Bandar DiRaja kan.. Masjid Ubudiah, Istana, Muzium... tak ketinggalan kami sanggup merayau ni cari kilang pembuat LAbu Sayung. Habis beratus gak lah duit beli labu sayung... Al-maklumlah, nak bagi kenangan pada kawan2... bukannya selalu.. Penuh Bonet kereta sampai selit2 kat bawah kaki.

Ini Kak Liana dari Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Pahang.

Ini kawan baru, Kak Su nama dia.. dari Kem Nasuha Pagoh.

She is my "buddy" dari Kem PLKN Kota Tinggi, Johor. Thanks Atul!!


Ini Atan, member satu kumpulan yang paling sempoi.... dari kem PLKN Summerset Resort, Kuala Rompin Pahang dan yang sorang lagi tu Fasi kami yang byk support group kami. En Aizal ni pulak dari Kem PLKN Gambang, Kuantan Pahang.


Habis jugak akhirnya selepas bersusah payah selama 2 minggu... Bila tgk jek sijil ni, hati terasa puas.. Penat pun hilang. Lepas ni bolehlah balik Kem masing2... Bye Semua....!!!!!!!!!!!!!