KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Sunday, December 28, 2008

Fakta Menarik Tentang Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

15) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya......

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri...

26) Boleh kah anda menandingi haiwan-haiwan tersebut? Kalau boleh, sila hubungi saya sekarang jugak!!!!!!!


Thursday, December 25, 2008

Ketenangan....


Sunday, December 21, 2008

Singgah Sekejap Jek Nih...

Assalammualaikum semua... Ya Ampun.... rindunya nak berblog.. Terima kasih byk2 kepada semua rakan maya Lin yg tak putus singgah dan bertanya khabar lin... Jgn risau lin ok, bukan sengaja nak menghilangkan diri tapi buat masa ni lin nak mencari ilham jap.. nnt bila line dah clear kita jumpa lg naaa..... take care semua... BYE!!!!!!!!!!!

Thursday, December 4, 2008

Bijak Pandai Mengatakan......

Salam Semua!!! Cuti beberapa hari nih sy byk menghabiskan dgn membaca. Di sini sy petik semula kata2 yg bg sy cukup berguna!


~~> Hargailah hari ini kerana hari esok belum tentu milik kita sedangkan hari semalam telah pergi buat selamanya...

~~> Sifat manusia adalah tidak dapat menerima kenyataan terlalu banyak!

~~> Tuhan memberi kita satu lidah tetapi 2 telinga supaya kita akan 2 kali lebih byk mendengar dari berbicara.

~~> Tidak ada waktu yang sia-sia sekiranya anda menggunakan pengalaman lalu dgn bijaksana.

~~> Buku dikatakan baik apabila dibuka dgn pengharapan dan di tutup dgn pengetahuan dan faedah!

~~> Politik sama sahaja dimana-mana. Mereka menjanjikan sebuah jambatan meskipun di tempat itu tiada sungai..

~~> Orang yg boleh menerima nasihat kadang-kadang lebih unggul drpd yang memberi nasihat.

~~> Lebih baik tidak berkata apa-apa drpd berkata tanpa tujuan.

~~> Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakkannya.

~~> Anda akan dibohongi jika anda terlalu yakin tetapi anda akan hidup terseksa jika anda selalu hidup dalam keadaan tidak percaya!

~~> Berbicara terlalu banyak biasanya diikuti dengan berfikir terlalu sedikit.

~~> Seseorang dinilai drpd tindakannya bukan drpd kata-katanya.

~~> Tuhan telah menghadiahkan kepada kita masa yg singkat di bumi ini, namun pada masa yg singkat inilah tergantung keabadian!

~~> Alangkah baiknya jika seseorang digerakkan oleh alasan yang berdasarkan logik, tetapi ternyata motif manusia digerakkan oleh emosi dan perasaan belaka.

~~> Kalau anda ingin menasihati seseorang pastikan ianya PENDEK! kerana ia diukur drpd segi isi dalamnya, bukan panjangnya. Ini kerana, khutbah yg panjang pasti akan membangkitkan kemarahan org yg mendengar.

~~> Lumrah! Kita kurang yakin dgn apa yg kita dengar berbanding perkara yg kita lihat.

~~> Jangan percaya pada apa yang dikatakan sehinggalah anda betul2 sudah pertimbangkan apa yang tidak dikatakannya dgn teliti.

Ku Cari Damai di Hati




Aku & Kura-kura




Sunday, November 30, 2008

Tanda Persahabatan Untuk Semua....!!!!


~~> Assalammualaikum semua... harap sihat hendaknya..

~~> Selalunya Lin yg dapat Award dari sesiapa sahaja especially Daddy cool yang sememangnya kreatif & Inovatif. Tp hari ni Lin nak bg something yg boleh dijadikan kenangan..

~~> Kat bawah tu lin dah buat untuk setiap seorang, harap sudi untuk terima ( amik sekali yer cincin tu)...pastu hias kat laman rumah.. Jutaan maaf kalau ada yg tak tersenarai, mungkin Lin terlepas pandang.. tak pe! ambil jugak cincin belah rotan tuh.. tp tuh bukan cincin kahwin eh.. dan minta maaf jugak sbb lin betul2 tak sempat untuk ketuk pintu rumah masing2...

~~> Untuk Daddy cool, sorry bebanyak, lin dah puas cari gmbr daddy tp tak ader, gmbr Aliff yg comel tu tak pe ek? Untuk Cikgu Jinggo, Thanks a lot! byk yg Lin belajar dari cikgu, Insya Allah ada masa kita jumpa di Alang Sedayu..

~~> Untuk Uncle & kak Anntaj, kalau plan nak panjat Gunung bg tahu Lin ek, kepada semua jaga diri baik2... syg kowrang..

~~> Buat seketika waktu nih lin terpaksa berhenti buat seketika dr berblogging, harap satu hari nnt kita semua dpt berjumpa balik.. Yg benornya Lin dpt keje kat tempat lain, tp office baru nih tak der internet.. Tension woooo....!!!!

~~> kalau ada sesiapa nak berhubung dgn Lin terus, dapatkan No telefon dr Kak Erisya @ kak Nurdaniella... terima kasih semua!!!! Jumpa lg... byee!!!!!!!!!!

~~> Thanks Pakdul! Blog abg paling best, byk info Lin boleh dpt.. terima kasih kerana blog abg telah menemukan saya dgn kak Nurdaniella & akak Arryani! Terima kasih juga krn links kan blog Lin sebagai rakan bloggers abg. Pedulikan apa orang lain kata, jgn DELETE blog tuh. Insya Allah Lin kahwin nnt nak invite abg jd MC..


Untuk kak Nurdaniella >








































Saturday, November 29, 2008

Comparekan Harga Bahau & KL

~~> Semalam, Sy pergi satu kedai gmbr tuh.. sekali terpandang lah pen-drive.. belek2 harga dia, punyalah mahal!

~~> Harga kat Bahau kan 2GB punya RM 58.. 4 GB RM 95.. terperanjat sy..

~~> Last week sy beli kat Low Yatt, KL... 2GB baru RM 25, 4 GB RM 38 jek.. jauh beza harga dia.
~~> Pada saper2 yg nak perabih duit tu meh dtg Bahau..

~~> Harga barang pun mahal tau... at least kat KL tuh ada gak MYDIN nak diborong.. alah, sama jek kos hidup skrg dah tinggi.. sy ni jek yg tak tinggi2 lg..

Friday, November 28, 2008

Sukarnya Buat Keputusan

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi. Kau berikanlah aku petunjuk yang mana lebih terbaik untukku pilih di masa ini dan masa akan datang. Amin ya Rabbal a’alamin.

Aku berada di satu kepulauan yang sangat asing. Aku pandang alam sekeliling. Terbentang luas alam nan membiru. Aku berjalan ke hadapan, menyusuri tepian pantai. Setelah agak lama aku berjalan, aku melalui pula sebuah padang pasir, yang putih bersih. Matahari begitu terik di atas kepala. Aku berjalan lagi.

Baru ku sedar, rupanya sudah terlalu jauh aku berjalan. Namun masih belum sampai juga ke penghujung. Sedari tadi, kelibat seorang manusia pun tidak bertamu di ruang mata. Hasrat hati ingin berpatah balik. Namun aku bagai tersentak apabila terdengar satu suara berbisik.

“Jangan! Teruskan perjalanan kau. Kalau kau berpatah balik, belum tentu kau selamat,” Aku mula bingung. Lalu aku berjalan lagi. Semakin jauh dan jauh. Aku melalui pula sebuah denai yang berbulit bukau. Kelihatan sebuah sungai yang agak panjang tetapi alurnya kecil. Aku cuba minum air sungai itu. Tetapi sebaik sahaja air sungai itu di tadah ke telapak tangan, suara tadi berbisik lagi.

“Jangan minum! Air tu beracun,” Ahh! Siapa kau? Aku menjadi semakin bingung. Tekak terasa begitu dahaga. Aku cuba bangun dan ingin melangkah ke seberang sungai. Tapi gagal. Aku hampa. Hairan. Anak sungai yang hanya beberapa meter sahaja lebarnya, terasa sangat luas untuk dilangkah. Aku terasa begitu lemah. Tiada siapa yang dapat membantu di kala itu. Tiba-tiba datang satu tangan menghulurkan bantuan. Aku mencapai tangan itu dan akhirnya berjaya untuk menyeberangi sungai tersebut. Hanya sebelah tangan. Tanpa rupa dan wajah untuk aku mengenalinya.. tangan siapa tu? Yang sudi membawa aku keluar dari lembah itu.

"Astagfirullahal’azim... aku bermimpi rupanya,” cepat-cepat aku meraup seluruh muka dengan tapak tangan. Apalah makna mimpi aku ni. Aku bertanya sendiri. Sekilas aku melihat jam di skrin handphone. Tepat pukul 3.00 pagi.

Sy mendapat mimpi ni selepas buat solat istikharah. Sampai sekarang hati sy tak keruan. Mcm2 yg sy fikir.

1 minggu sebelum tu.
Hati sy hancur. Tak ada air mata yg keluar, cuma rasa terkilan yg berpanjangan. Dia menyepi tanpa khabar berita. Sy tahu, dia terpaksa. Entah dimana silapnya hubungan kami tak direstui, alasannya family dia malu dgn keluarga kami. Sy tarik nafas dalam-dalam, tak tahu hendak kata apa. Sejujurnya saya tak pernah nak meletakkan syarat untuk berkawan dgn sesiapa, cukuplah hati sy terbuka. Sy tak minta langsung untuk dia sediakan sebuah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang apatah lg untuk dia sediakan tujuh dulang hati nyamuk dan semangkuk darah anak raja sebagai hantaran. Siapalah saya ni. Saya ni bukannya anak puteri raja yang turun dari kayangan..

Tak pe, sy cuba belajar untuk terima semua nie. Berkali2 sy pujuk diri. Tp adakalanya sy tewas jugak.. Sy akur, sy tak nak dia jd anak derhaka disebabkan sy. Apalah sgt sy mengenalinya hanya setahun dua kalau dibandingkan dgn mak sendiri yg menjaganya lebih 25 tahun.

Hampir 2 tahun yg lalu...
Org yg berlainan, pilihan family. Kehadiran dia dlm hidup sy benar2 mencabar kesabaran. Sikit pun saya tak boleh pandang muka dia. Hati sakit, jiwa sakit.. semua sakit. Berkali2 sy berdoa semoga tuhan lembutkan dan bukakan pintu hati sy, tp sy betul2 tak mampu. Semakin lama kebencian tu semakin menggunung.. ada sikap dia membuatkan sy tak boleh terima, dia manusia hipokrit! tak perlulah sy nyatakan di sini kenapa sy membencinya. Tp bukan di mata family, Family sy memandangnya perfect! Seolah2 dialah malaikat...

Dipendekkan cerita, sy tolak pinangan dia. Terlalu byk perkara berlaku bila org lain masuk campur. 100% kesalahan di bahu sy! Sampai bengkak mata lin menangis.. sy tahu sy bersalah. Sy dah byk ketukkan paku di hati org2 sekeliling sy.. terutama mak..

Lebih setahun hati sy terseksa, sbb terpaksa berpura-pura. Sy sygkan family sy... tp dlm masa yg sama betul2 tak boleh terima dia.. tp harapan mak ayah tak boleh diketepikan. Hati sy pedih, dah sehabis daya sy cuba pasrah! Sy selalu berdoa, tunjukkan siapa diri dia yg sebenar. Kalau betul sudah tertulis di azali dia jodoh sy, bukakan pintu hati sy utk terima dia. Tak putus solat istikharah dan hajat sy pd yg maha Esa. Alhamdulillah, sy nampak jln... sedikit demi sedikit hubungan tu renggang dgn sendiri. Family pun tidak pernah menyebutnya lg..

Tahun 2008, masing-masing buka lembaran baru. Tutup terus tahun 2007 yg menyakitkan. Tp selepas berlakunye perkara nih, hati sy dirantai kebimbangan yg tak bertepi. Setiap kali melihat wajah mak & abah, hati sy rawan. Tak pernah sy menangis depan mak & abah. Di hadapan mereka, sy selalu kelihatan tabah... selalu tersenyum.

Sy tahu, mereka terlalu risaukan sy.. acapkali sy terkedu bila dgr ayat tuh.. Sampai sekarang terniang-ngiang lg.. Sy tahu, mak dan abah masih lg dibayangi dgn kenangan semalam. Mereka masih lg mengharapkan "dia" yg pernah sy tolak lamarannya satu ketika dahulu.

Apalagi yg harus sy lakukan.. sy perlukan kekuatan. Cinta tak boleh dipaksa! Apa yg harus sy buat supaya tak menyesal kemudian hari?
Ini soal hati dan perasaan, soal masa depan!

P/S > Jutaan maaf! sepanjang berblog tak pernah lg sy post cerita sebegini, tp hari nih sy langgar... Sy harap akan temui jln keluar dgn pendapat anda... Terima kasih segalanya!

Tuesday, November 25, 2008

Tanda2 Sebelum Meninggal Dunia

Mungkin ada di kalangan kita yg pernah terbaca tentang nie, tp tak salah kalau baca lg sekali. At least kita akan sentiasa beringat tentang KEMATIAN.

~~> Lin pun nak tunaikan hajat kak Erisya sbb akak Erisya pun nak baca post yang ini.

Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT. Kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir.Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat. Saling berpesan2lah sesama kita.. Amin.. Saya Sayang anda semua...



Sunday, November 23, 2008

Jom..!!! Gi Ulu Bendul..

~~> Smlm sy turun KL jap dgn kawan, saja tgk Karnival Pekerjaan kat PWTC... ramai gila org.

~~> Masa nak balik tu singgap jap kat Hutan Lipur Ulu Bendul.. gi makan, pusing2 jap kat kawasan Air Terjun tu, posing2 sket tangkap gambar.. Pelik gak k'org masa tu, Iyelah masuk hutan pakai baju Kurung..

~~> Tgk gambar yg sy amik tu, cantik kan Ulu Bendul. Sape yang nak pergi berkhelah tu dtg lah.. Tapak perkhemahan pun ada... Sejuk jek tempat ni.. Jom ramai2... Welcome to Negeri Sembilan!!!!..

~~> Kalau nak tahu, kat tingkat atas jeram ni ada gunung Angsi, boleh panjat kalau minat jungle tracking, sy dah pernah naik.. tp penat lah...!!!

~~> Kat Ulu Bendul ni jugak ada Taman Ular sawa, kira Anaconda terbesar lah.. tp sebelum ni sy naik, ularnya tinggal berapa ekor jek. Dah tak byk pun.

~~> Banyak kemudahan yg ada kat sini, gerai & kedai makan, surau, tempat memancing, byk lg lah... Tak rugi singgah!