Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu. Bila lapar, yang suapkan aku..ibu. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu. Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu. Bila menangis, orang pertama yang datang ..ibu. Bila nak bermanja.. aku dekati ibu. Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu. Bila nakal, yang memarahi aku? ibu. Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu. Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu. Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu. Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu. Aku selalu teringatkan ..Ibu.
Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu. Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu. Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu. Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!". Bila sakit, orang palin g risau adalah ..Ibu. Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu.. Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu. Bila ada masalah, yang palin g risau.. Ibu. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu. Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu. Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu. Yang selalu berleter kat aku.. Ibu. Yang selalu puji aku.. Ibu. Yang selalu nasihat aku.. Ibu.
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu. Aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok? aku cari pasanganku. Bila sedih? aku cari Ibu. Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku. Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu. Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku. Bila berduka, aku peluk erat Ibuku.Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku. Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu.
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku. Bila sambut hari ibu? aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu. Selalu ?.. aku ingat pasanganku. Selalu? Ibu ingat kat aku. Bila..bila? aku akan talipon pasanganku... Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu. Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku.. Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku..
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah..
Artikel ni aku ambil dr inbox email... bacalah... Sayangilah Ibu anda selagi dia masih ada. sebelum terlambat, kalau mereka dah tiada, nak menyesal pun dah tak guna...
No comments:
Post a Comment