KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Saturday, August 30, 2008

TAK BAYAR BIL…. BIL APER???

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik" Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah." Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???" Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online" Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni barulewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan" Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya.. lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.. Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Tanpa menghiraukan pegawai- pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr??? Lalu pegawai yg datang ke rumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? Belahhhh lahh...." Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........." Si Mahpus mencelah.... “apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa??? Pegawai TNB tu pun cakap "nampak gayanye.. ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAAHH"

?????????????????.....................

Friday, August 29, 2008

BURUNG KAKAK TUA YG GATAL...


SEKADAR LEPASKAN TENSION KERJA....GELAK SKIT SKIT JER JGN LEBIH LEBIH SANGAT TAU!!!!!

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu...) Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap. Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.. Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir... ke hulu, ke hilir.....

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.. Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi. ... tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2... lama-lama makin boring pulak... so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah. Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia...then tonyoh tonyoh sikit mata dia...dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia...pas tu dia jerit kuat-kuat... .

"BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"

Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat. .. Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.... .. Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi.......

"PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"

Cikgu-cikgu tu terkejut dog... dan berjalan cepat-cepat lagi... sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.....cikgu pertama bercakap "camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?" Cikgu kedua menjawab "Tak tau pulak .... ahli sihir ke apa ntah......" Cikgu ketiga mencelah "Alah ..kebetulan je agaknyer.... . tak pe, kita tengok besok pulak camana...Keesokan hari nya macam biasa... pagi-pagi lagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu..... burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah...... .."Iyah! iyah! lapan lapan lagi... satu...dua.." dan seterusnya.
Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.... Burung pun tengok.... dia jerit lagi..

KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"

Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi...Cikgu pertama "Memang betul apa yang burung tu cakap.... heh, apa nak buat hah?" Cikgu kedua "Kita mesti buat something untuk uji burung tu...".Cikgu ketiga...."Aku tau... apa kata esok kita semua pakai color hitam". "Okey...Set! !!!!" balas depa..... Keesokan harinya..... .sama juga.... bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi...

HITAM!! HITAM! !!HITAM!! !!"
Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi....di sekolah mereka berbincang.. .cikgu pertama "Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent. .." Cikgu kedua "Atau pun dia cuma boleh kenal warna....". Cikgu ketiga..."Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung."

"Orait!! Set!!" depa jawab. Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.... bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.... ditenungnye lama-lama... cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow... ...sambil toleh-toleh kat burung tu...burung tu tengok lagi.... dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu....dah tu pusing belakang... dia tengok lagi dengan cara menonggeng.. ...dah tu dia pandang ke depan balik.... dia garu-garu kepala...dah tu usap-usap dagu.....dia cekak pinggang.... . dah tu burung tu pegang dagu lagi...pastu dia senyum.....dia jerit lagi kuat kali ni...

"LURUS!!! LURUS!! KERINTING !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.....

**MORAL : JANGAN SESEKALI MENGUJI BURUNG YANG PANDAI BERCAKAP. HEHEHE



Tuesday, August 26, 2008

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg tidak menyebarkan ilmunya kepada orang lain.

Monday, August 25, 2008

CHAMANG MENJERIT... Nantikan Daku Di Pintu Pagar....!!!!!

Tak tergamak aku nak ingatkan balik pahit manis sepanjang "berkampung" di Kem PLKN Chamang.. hati aku betul2 rawan. Sehingga sekarang rasa terkilan tu tak pernah padam...

Mungkin bagi orang lain, Kem PLKN Chamang apalah sangat... tp tak bagi aku... aku kutip byk kenangan yg org lain tak dpt... kenangan itu tak mungkin dpt dibeli dgn wang ringgit... Di situlah erti persaudaraan bermula... aku belajar segala-galanya... aku belajar erti kasih sayang, pengorbanan, perjuangan... dan paling penting ikatan persahabatan yg terjalin antara kami terlalu kuat... gelak ketawa, gurau- senda... Ahh....!!!! seriknya nak ingatkan balik... mmg perit... mcm-mcm tmpat dah aku merantau... mcm-mcm org yg aku jumpa.... tp tak sehebat Kem PLKN Chamang...

Kami tinggal di bwh satu bumbung.... apa yg aku makan, itu jugak yg lain makan... Kalau hujan turun lebat di bumi Chamang, semua turut merasa basahnya... kalau ada org khianat nak baling bom, semua akan mati... tak pernah mementingkan diri-sendiri... Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kenangan itu yg paling aku tak boleh lupa... mana lg aku nak cari kwn2 seperti itu... mungkin ada, TAPI TAK SERUPA.... ibarat mentari, walaupun esok masih ada, tp tak secerah hari ini...

Masih ku ingat, setiap kali ada Majlis2 besar di kem, kami terpaksa bersengkang mata membuat persiapan... kalau boleh kami mahukan yg terbaik di Kem PLKN Chamang...semuanya kami lakukan bersama... tak kira lelaki ke perempuan... tua ke muda... hubungan kami mmg akrab... tak ubah mcm adik-beradik sendiri... kalau d'orang tgk aku bersedih, cpt2 d'orang berkumpul depan aku bertanya khbr.... tanya apa yg tidak kena. Kalau aku demam, ramai yg hulurkan ubat... Ya Ampun...

Tapi, lumrah kehidupan alam, terpaksa kami terima...akur dengan takdir yg telah tertulis... Persabatan kami diuji dgn berita penutupan Kem ini... Mmg aku sedih, Penutupan Kem Chamang betul2 menyentapkan hati aku... manakan tidak, I lost everything... job, kwn2... bila aku dpt berita Kem Chamang terpaksa ditutup, aku terus menangis... terduduk... tak tahu nak kata apa... kwn2 yg lain semuanya mcm tu... namun, hati aku betul-betul tergugat bila melihat kwn baik aku, BOB (lelaki)... menangis dlm kereta aku masa hari terakhir kami berada di kwsn kem...

Kami sudah tidak ada cara lg utk selamatkan Kem PLKN Chamang.... ini arahan dari Mahkamah... kwn2 yang lain terpaksa dipindahkan ke Kem2 lain seluruh Malaysia... berat betul hati aku nak lepaskan d'orang... masing2 pergi dalam keadaan tertekan... hati saling berbaur...
bukan senang utk aku menghadapi semuanya... kalau semangat kian lemah, dah lama aku rebah...

Tapi, kami terpaksa akur.... dahan tempat kami berpaut kian patah... Akarnya juga kian lemah... di mana kekuatan tunjangnya.... aku buntu, sampai sekarang... tak putus tali ku berdoa.... tinggi harapan Kem PLKN Chamang di buka semula... Dapat aku berjumpa semula kwn2 yg aku syg...

Apapun, kpd semua warga Kem PLKN Chamang... Thanks 4 everything... terima kasih krn sentiasa menceriakan hari2 lin... dan mengambil berat... terima kasih.... terima kasih.... terima kasih... thank you...Syukran... tocheh...nandre... arigato haik...!!!

Wednesday, August 20, 2008

Dapat Bersalam dengan Dato Najib

Setiap kali terpandangkan gambar nie atau ternampak Dato Najib Tun Razak kat TV ke, sure aku teringat balik tarikh 06 September 2007... bukan apa, sejarah itulah yang menjadikan kenangan itu amat berharga dalam sejarah Kem PLKN Chamang tempat aku berkerja...

Masa tu, Dato Najib dtg utk buat perasmian Majlis Penutup utk bdk2 Khidmat Negara Kum 3 Siri5/2007... dlm byk2 kem yg ada kat malaysia ni, Kem PLKN Chamang jadi pilihan Dato Najib... bangga tu memang bangga... tapi sampai skrg aku masih lagi terasa penatnya nak buat persiapan tu...

Apapun, kpd semua warga Kem PLKN Chamang, Jurulatih2, Komandan, Staf n lebih2 lagi untuk adik2 aku (wira & wirawati).... thanks utk korang yg telah susah payah membantu memeriahkan majlis....