KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Saturday, September 27, 2008

Terpaksa Buat Report Polis!!!

Lembaran Tahun Baru 2009, sy mengenali seorang lelaki secara tak sengaja. Dalam bas! Umurnya 41 tahun! 2 minggu sebelum tu, setiap kali pergi kerja kul 7.30 pg & balik kerja kul 5.30 ptg, sy sentiasa merasakan ada org sedang perhatikan gerak geri sy.. Mulanya ingatkan perasaan jek.. tp lama2 sy jd takut.. Saya abaikan semua tu.

1 January 2009, dia tegur sy, sungguh sy tak tahu langsung dia lah makhluk tuhan yg ikut sy selama ni. Ada cerita yg kami sembangkan mengenai kerja, dia suruh sy tembak satu number hp, katanya Pegawai dia utk dptkan kerja.. Silap betul masa tuh, mati2 sy kena tipu! Dr situ dia tau number sy.

Sejak tu jugak setiap hari dia ganggu dengan meseg dan panggilan yg ntah apa2.. Sy tak pernah layan. Bunyi hp sy jd phobia dah. Bila sy off hp dlm masa 25 minit jek ada 109 missed calls masuk. Tak kira siang ke malam, kat tmpt kerja, sampai bos sy terpaksa masuk campur. Berkali2 warning di bagi, jgn ganggu sy lg, tp dia jenis tak makan saman.

Sy betul2 tak faham, kenal sy pun tak, alih2 nak ajak kahwin, Kenapa dia ni? Masalah mental ke? Beratus2 meseg dihantar ttg perasaan dia sampai sy tak larat nak baca. Sy abaikan semua tu, tp ingatkan dlm masa sy buat bodoh jek, dia dah putus asa.. Rupanya tak.. Hampir 2 minggu emosi sy terganggu. Dia ugut sy mcm2 selagi sy tak bersetuju utk berkahwin dgnnya.

Dipendekkan cerita, kat office satu kerja sy tak boleh buat. Hp sy berpuluh2 kali berbunyi, Bos sy angkat. D'org bergaduh sbb sy. Sy betul2 tension. Satu office nasihatkan sy buat report polis.. Takut sy diapa2kan kerana marah tak dpt kahwin... Disebabkan dia, sy terpaksa tukar number. Bukan tu jek, beberapa hari sy tak kuar rumah, kalau kemana2 pasti berteman!

Puas berfikir, adakah dgn cara buat report satu tindakan bijak? Macam2 yg sy fikir, nyawa.. keselamatan. Maklumlah, Pembunuhan berlaku kat mana2 tanpa ada sbrg amaran! Sy tekad, ptg tu jugak kami ke IPD Sepang atas aduan keselamatan. Slpas buat report, alhamdulillah sy tidak diganggu lg dgn benda2 mengarut tu.

Apapun, Jutaan Terima kasih yg tak terhingga buat CIKGU JINGGO yg byk membantu dan risaukan keselamatan sy masa tuh. Terima kasih jugak buat Sarjan Azman yg sampai sekarang sentiasa menghubungi sy utk pastikan sy selamat! Terima Kasih Semua!

25 comments:

Anonymous said...

ermm... patut le lama menghilang, hrp azlin sentiasa berhati2, pergi ke mana sntiasa brteman... moga tkde perkara tk baik berlaku

Unknown said...

emmmm macam2 la pulak.... mamat mana la yg biul sangat tu..... errr... jgn sampai call dari sarjan azman pun bertukar jadi fobia dah leee... :)

ONE ZABA said...

wah, lama tak menjerit kat sini. dikejar orang rupanya lin ni. bawak cili giling semangkuk lin. bubuh dlm handbag. muncul je org tu...tenyeh je kat muko org tu...jgn tenyeh kat muko pak polisi tu udah la.

ap-apa pun hati-hati ha lin. takut org tu berdendam pulak.

Tie said...

Eh....takutnya... Nasib baik selamat, ekk....

Tie said...

Laaa.....lupa pulak, hi hi...kak tie datang ni nak jemput ke blog utk ambil award....Nanti datang, ya...

Unknown said...

Salam Lin,

Aduiii.... lama menghilang tetiba keluar n3 tajuk repot polis. Itulah jngan terlalu naive.

Apa pun alhamdulillah Lin sudah selamat dan tidak diganggu lagi. Tapi dia jenis manusia gila kot?

Unknown said...

lin

kemana pergi lelaki tu.
kan no masih sama.......
apa2 semuanya selamatkan..

kesimpulan : lelaki tu macam kata tuan mount - gila...
membujang sampai tahap gila..he...
moralnya kahwin cepat !!!!

Bro Framestone said...

alhamdulillah...
lagi satu mmg patut report awal2 pun huhuhu... bukan kena saman pun kalau wat report.. sekurang2 kalau pe2 jd kat awak..polis dah tahu nk aim sape

Kapten Luffy said...

ada jugak org gila cam tu... takutnya

azlin hashim said...

Pisang Greenie > Terima kasih, mmg sentiasa ada org kat sebelah skrg nih.

Shifu67 > Tak tau lah dtg dr planet mane, pelik sgt perangai dia.

ONE ZABA > Cikgu....!!!!!!! lin pun dah lama tak menjerit kat umah cikgu. Fikir pasal dendam tu lah yg jd takut, sbb tu tekad buat report!

Tie > thanks kak, nnt lin amik k..)

mountdweller > Alhamdulillah semua slmt. Lin pun rasa dia ada masalah jiwa.

jinggo > tak tau. Lin pakai 2 nombor.. bila line dah clear lin on balik no lama, kan lin lama menghilang sekejap hari tuh.. tak ramai tahu no tu.

Framestone > Betul..betul..betul..

Monkey D Luffy > ada... tak mustahil..

Darling Pya said...

semoga lin sentiasa di lindungi Allah...

nurdaniella said...

lin, akak harap semuanya dah ok sekarang ni.. huhu, sian lin.. betul cakap cikgu jinggo tu, kawin cepat..

azlin hashim said...

@cu SaYaNg > thanks acu, harap acu pun mcm tu jugak..)

nurdaniella > rindu kat akak, alhamdulillah, skrg semuanya dah ok. cuma kena sentiasa berjaga2 utk masa akan dtg.. KAHWIN? tunggu....!!!!!

naz ilyn said...

salam...

tindakan yang bijak buat report polis... berteman jangan bersendirian dan jangan memberi peluang dan ruang buat masa ni... berhati-hati...

Dearie Pearls said...

Salam..
Pena cuba onn numb lama? dia still kontek g ker?

Gila wei laki tue..
nasib xder per2..
Selamat..

azlin hashim said...

LotsOfLove-Pearls > terima kasih singgah. No lama baru jek on balik, tak ada dah dia kacau lg. dr apa yg dia tulis dlm msg, bahasa dia. sy rasa dia mental lah.. kena jumpa pakar psikologi.

Anonymous said...

aduhai lin...

fobia dengan kes cenggini lah..cemana leh jd camni...bagus amik tindakan report polis...hope pasni tak ganggu lagi..

ni org2 yg kurang kasih sayang kot...hehehe

mrblind said...

patutlah lama hilang..bagi gambar mamat tu..gua nak santau ni..hahaha

Dearie Pearls said...

Nasib bek dia tak cari rumah sume ek.. kalau dier tau, habes ar..

Org2 cam tue mamang mental ar..
manader org normal buat cam tue..

mayb dah ramai kowt mangsa dier..

**yg baik jd teladan, yg buruk jadi sempadan..

Anonymous said...

Disamping Lin yg perlukan bantuan, orang tu pun perlukan bantuan.

Maksud saya bantuan jiwa. Siapa kita untuk menghukumnya? Mungkin dia ada masaalah mental. Dan dia perlukan rawatan jiwa.

Report adalah perkara yg tepat kerana pihak berkuasa dapat menentuan dimana sepatutnya orang itu akan ditempatkan. Samaada di "dalam" atau di wad mental.

Tak ke pelik kalau dia boleh call beratus kali. ??Itu tandanya fikiran dia tak stabil...

erisya nor said...

Lin, bagus Lin buat laporan polis! kena hati2...hati2 berkenalan ngan manusia ni (bukan lelaki jer! )...tak cara kasar, cara halus mereka boleh buat! tiap kali public transport, mcm2 adegan yang dapat dilihat...papepun, berhati2 ngan sumer orang!

azlin hashim said...

srisufi > Mungkin lah akak, kurang kasih syg, ntah2 dia tuh laki org..

mrblind > Ganasnya ko main santau2.. huhu..

LotsOfLove-Pearls > Itu yg paling sy risau, habis lah kalo dia tahu kat mana sy tinggal.. betul ckp awak, sy pun fikir mcm tuh, dah ramai org jd mangsa kat tgn dia. Dia fikir sy ni mcm yg lain2, tp dia silap!

arryani > Betul kak, dia pernah ckap nak cederakan diri sendiri sbb lin tak layan msg2 dia.. GILA!!!

erisya nor > Terima kasih kak, skrg ni lin cukup berhati2 dlm menghulurkan salam.

en_me said...

ada amik gambor dier takkks.. siannyerr kamooo

Mak Su said...

Lin... dahsatnyer.... dia paksa Lin kawin dgn dia?

nauzubillah, kenapa ek? tak mahulah maksu fikir2kan, maksu takut baca cerita2 mcm ni, ya lah, maksu ada anak2, time maksu remaja dulu alhamdulillah tak ada kejadian macam ni... masa tu belum ada henpon.

jaga diri baik2 ya, macamana ek, amalkan baca ayat kursilah, 7 kali setiap selepas solat wajib.

Bro Framestone said...

dok kaco lg ke x nie ek