KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Monday, September 1, 2008

KISAH SI AYAH

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka... Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahukepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!" "Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang. "Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?" Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

4 comments:

nurdaniella said...

manalah lin dapat citer2 lawak nih?? ilang kejap stress kat kepala nih.. hihihihi...

azlin hashim said...

lin byk dpt cite ni dari email kak..
kalau mcm tu, baca lah selalu eh..
dtg kat blog lin setiap hari..

nurdaniella said...

insya Allah.. kecuali sabtu dan ahad la yer.. akak guna pc kat ofis..

azlin hashim said...

oh, akak tgh online eh sekarg? lin dah bukak blog akak td.. mana gambar akak?