KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Monday, December 28, 2009

Corat Coret Hidupku Sepanjang Tahun 2009!!!


1) Betul2 kenangan! peristiwa ni berlaku ketika 1 Malaysia menyambut tahun baru. Setahun yg lepas. Aku diganggu pg ptg siang malam oleh seorng lelaki bernama "WAHAB". Dia ajak aku kahwin. Siap main2 ugut lagi. Gila! Sehingga aku terpaksa buat police report. IPD Sepang jd saksi. Mmg huru hara jugaklah hidup aku masa tu. Kisah ni ada aku kongsikan dlm entry yg lepas.

2) Drive paling lama! Masa g kursus kat Kuala Kangsar bulan Mac hari tu. Aku pecah rekod sendiri jek... drive dr kuala kangsar pukul 10.30 pg sampai ke rumah di Bahau, N.9 jam 12.45 tgh mlm (dah masuk tarikh baru pun). Lama kan? Sakit pinggang gak lah duk dlm kereta. Dah ditakdirkan penumpang2 aku semuanya tak berlesen. Spjg tu lebih 10 tempat aku singgah. Berhenti makan & Shopping!

3) Siapa pernah tgk Filem Hati Malaya? Best ke? cerita sikit.... Haha... aku sebenarnya segan nak cakap pasal ni. Sorry ye pengarah filem ni. Actually, kat Kem PLKN mesti akan pasang CD ni. Seingat aku dlm tempoh 6 bulan jek, dah 4,5 kali org kat kem pasang. Tp setiap kali cerita tu dibukak, tiap kali tulah aku TIDUR! maybe aku tak minat sejarah kot! Ingat lg masa kursus Kenegaraan di P.Pinang, tayangan hati Malaya wajib ada. Aku betul2 tak boleh blah! Mengantuk giler mata. Mmg tahap gabanlah... Aku terus bukak sport shoe, lipat track suit sampai ke lutut, sinsing lengan baju aku membuta! kat dlm dewan besar tuh! gila aku beb! Tak ingat apa dah time tuh. Alih2 bila aku tersedar member yg duk kat sebelah aku dah teresak2.. Pelik benor aku tgk. Mcm org mati kutu... selamba aku tanya dia, "apahal ko menangis?"

4) Aku tak boleh masuk kedai buku sebenarnya! Habis aku nak borong. Aku giler Novel! Pernah dlm masa 1 hari aku beli 6 buah novel dr 1 kedai kat labis, Johor. Majalah aku kurang... 1 novel RM20. Kiralah! Dah berpuluh novel aku beli.. kopak duit aku!

5) Boros! Itulah aku. haha... Sungguh! Aku tak retilah nak simpan duit. Habiskan duit aku pandailah. Mak aku selalu bising. Mak aku ckp, kalau bg 1 juta dlm masa sehari pun aku boleh perabihkan. Tp time aku tak de duit pandai lak aku berjimat. Tu lah org kata, besar periuk besarlah keraknya. Percaya tak? kalau ikutkan dlm masa 10 bulan aku kerja, aku boleh simpan lebih kurang RM25,000 ( gaji bersihla)... tp sampai hari ni ( hujung tahun ) tinggal sen je dlm bank. Adohaii.....

6) Lipas! Huh boleh pengsan kalau aku jumpa binatang nih. Mak aku ckp, badan dia lg kecik dr badan aku. Apa nak takut? mmg la... nampak comel jek, tp badan dia busuk nak mampus. Kalau ada org cabar aku bg RM50,000 soh pegang lipas ni hidup2 pun aku tak hingin tau. Geli-Geleman! tp makhluk yg paling akubenci ni lah yg selalu ada dlm bilik umah sewa aku. Pernah sekali tu, aku menjerit 1 rumah dgr. Nasib baik tak roboh. Suara aku mmg hangat drpd biasalah! Last2 sekali aku pindah dr rumah tu.


7) Tahun 2009 paling kerap aku mengalami sakit kepala & pinggang. aku tak tau sebab apa. sampaikan mak ayah aku belikan 1 bantal yg dlmnya ada batu Nano Jade dr korea, Jepun utk aku. Sanggup betul... harga bantal tu dekat RM300. tp sakit kepala cuma kurang sikit jek...

Masalah pinggang pulak sbb dlm tahun ni 4 kali aku jatuh. Jatuh bukan sikit2. Gedebuk! Sebiji cam anak wayang buat aksi stunt beb! Mahu tak menderita pinggang aku... 1st jatuh kat tangga
masa duk umah sewa kat salak tinggi. Rumah tu 2 tingkat. aku berlari semata2 nak jwb HP. Lastly, hp kemana aku kemana... pinggang belum baik lg aku jatuh pulak kali ke-2. Kat dlm hutan masa buat navigasi dgn bdk2 PLKN. Bukit tu tinggi, aku nak lompat tp kaki tersadung kat akar kayu. Terus terduduk. Mmg perit! kali ke3 jatuh kat bilik air. Bersepai pinggan yg aku pegang. Bertambah lg sakit pinggang aku. sampai skrg tak baik lg. Makin diurut makin aku menjerit. tak pun aku just mkn painkiller. Habis citer! Ke4 jatuh cinta kot! Opsss.... alamak, terlebih sudah!

8) Setiap kali aku dgr lagu Cinta 3 Segi (kump Kristal) mesti aku akan teringat kali pertama aku melapor dekat kem PLKN De Bana. Sebenarnya aku tak nak kem ni. Dekat sgt ngan rumah. Aku nak kem kat Johor ke... Penang ke, Pahang, Terengganu atau Perlis... tp tak dpt. Aku pandang jek kawasan kem tuh dr luar pagar. Tak masuk pun. Duduk dlm kereta lepas tu pasang CD. Lama giler aku kat situ dgr lagu cinta 3 segi tu la. Aku ulang-ulang sampai sakitlah anak tekak Si Lan Kristal tu menyanyi. Nak masuk tak nak... nak masuk tak nak. Last2 aku masuk gak. Ngeri beb tgk pelatih tu. Nak2 budak Cina. Macammanalah aku nak berdepan dgn budak2 tu nanti. Aku cari office, tak jumpa! tanya askar kat situ. Garang giler! takut aku. Senyum sikit tak boleh ke bang oii! tak sempat aku nak cari office, aku keluar balik. Esoknya baru aku dtg semula.

Tapi itulah kenangan! Betul org kata, don't judge a book by it's cover! itu yg berlaku pd aku. Lama2 baru aku sedar, Kem De Bana mmg terbaik utk aku. Sampai masa semua pelatih tu nak balik ( tamat latihan) aku yg menangis dulu. Sebab.... Aku dah mula sayangkan mereka...!!


Akhir kata kepada semua pengunjung2 yg pernah singgah di laman blog ini, jutaan terima Kasih Lin ucapkan. Semoga kita dpt tinggalkan tahun 2009 dgn seribu kenangan & semoga kita dpt menghadapi tahun 2010 dgn azam yg baru & lebih matang dlm mengharungi titian hidup! Salam kasih sayang utk Semua!


4 comments:

Unknown said...

Salam Lin

Selamat Tahun Baru 2010 semoga akan lebih bahagia dan berjaya. Insya Allah.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

kenangan tak akan mati, sebelum jasad berlalu pergi.

nurdaniella said...

salam lin.. huhu.. rindu kat lin.. moga tahun baru ni membawa bersama sinar bahagia untuk kita berdua..

Anonymous said...

salam, buleh x bagi tau dkt mana anda pergi kursus kahwin di kuala kangsar?