KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata. Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'. Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diterimanya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan keselamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya. Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel. Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank. Hati2...!
11 comments:
salam azlin..
dah 2 ari aka nak transfer duit tak lps..
mula2 nak tggu login pun jenuh..pastu hang terus..
try lagi..dpt masuik..tapi jenuh nak loading..sampai saat ni..hanya leh masukkan tac number..pastu hangg...
sejak2 bertukar website ni..semacam je...adehh..
eii bahaya lah kak sekarang nie. nak slmt pergi jek terus ke bank, ramai pun ramai ah.. apa nak buat kan.
maybank2u reported jam 2,3 days ago . . .
duit yang ilang tuh bley dapat balik tak...
naya kalau kena macam ni ...
Welcome to my blog Razifembi.. tp sy rasa duit tu mana boleh dpt balik, sbb kira dah msuk akaun org lain. kalo boleh detech pun, maunya lah org tu jujur sgt nak pulangkan blik kan..
bende macam ni yang buat orang takut nak bua pape2 online..Maybe thats y ramai rakyat Msia takut nak menceburi bidang online compare dgn negara barat...
salam kenal. kak tie memang tak guna khidmat online ni..so..tak rasa bimbang la..anyway..kesian gak pada mangsa tu.
ada jugak dapat email nie..tp dah tahu awal2 dah pasl kes nie...sebab tue berhati2
kalau tak silap aku . . . bley dapat balik kot duit kalau ada unsur penipuan n fishing ...
laaa. cina tu rugi lima ribu aje..dulu dia tipu orang limapuluh ribu...
kena kat batang hidung bar tahu siapa kena tipu dan siapa tipu siapa...
salam - dari gambar2 yg di sertakan. dulu kat plkn ke...kem mana....ada ruang boleh jengok ke blog cgu.....
ermm....no komen...tapi mak aku pkai on9 tu....kena ckp kat die kwee
Post a Comment