Mungkin ada di kalangan kita yg pernah terbaca tentang nie, tp tak salah kalau baca lg sekali. At least kita akan sentiasa beringat tentang KEMATIAN.
~~> Lin pun nak tunaikan hajat kak Erisya sbb akak Erisya pun nak baca post yang ini.
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT. Kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir.Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat. Saling berpesan2lah sesama kita.. Amin.. Saya Sayang anda semua...
19 comments:
lin...semuga Allah merahmati seluruh penglibatan lin disini. ini diantara yg terbaik....semuga ruang dan peluang kita disini mampu kita perolehi kebarkataNya. Atikel ini memang menjadi satu ingatan besar....insyallah.cgu akan kongsikan dengan pelatih2 cgu akan datang...semuga pahala kita kongsikan bersama
takutnya..
tapi luth da baca artikel nih..
meme betol jadi..
Lin, thanksssss! kerana post n3 ni. nanti amik award kat blog kak erisya , ya...:)
gua pernah baca menda ni kat mail
gud entry!
satu peringatan yang amat berharga untuk kita yang masih bernyawa.. semoga kita semua di dalam keberkatanNya..
isssh, bergetar pulak bila baca entry kali ni...lagu tema :Bila Izrail datang memanggil...sekur=jur tubuh di perbaringan
me insafff..
Artikel yang menginsafkan...
Er tuan blog.. Jgn letak byk sgt graphic leh??
Lambat nak loading..
Tak sanggup den nak nunggu
Salam....
Kematian adalah sunnah Allah...
Semua pastikan merasainya, esok, lusa dan entah bila...
Tapi kalau kita mati, apakah mati meninggalkan secabis kenangan yang indah atau menjadi cacian generasi mendatang? Kita yang tentukan.
maksu ini..... kadangkala..... bertanda-tanda jua
insaf gua cam ni..
tq...
Cikgu Jinggo > Terima kasih byk cikgu.. Insya Allah, moga dpt keberkatan apa yg telah kita sampaikan.
Luth Textile > Hurm~~
erisya nor > sama2 kak, thanks bg award tuh.
darab dua > sy dah agak, ramai yg dah pernah baca.
nurdaniella > Insya Allah. Banyakkan beramal.
etomyam > Fisrt time lin baca artikel ni pun Lin menangis.
en_me > Sy pun insaf!
zool > salam singgah, terima kasih atas teguran.. sy dah edit dah. Minta maaf yer kalau lambat.
PENDEKAR > Aduh, tersentak rasa. Itu yg selalu sy fikirkan, perhitungan manusia bergantung pada amalannya. Dah byk berlaku kan, mati dlm keadaan AIB! nauzubillah..)
mak su > tanda apa ni? tabahkan diri yer..
mrblind > kalau post ni menginsafkan, alhamdullilah.
Monkey D Luffy > ..OK..)))
satu post yang baik....menginsafkan saya,,,,
bergetar perasaan bila membacanya...terasa sgt 'bekalan' tu sedikit.
Salam buat Lin,
Terima kasih kerana mengingatkan. Kita ada satu makhluk yang selalu lalai dan leka.
Bagus Lin, satu usaha kebajikan yang baik akan di balas juga dengan kebajikan oleh Yang Maha Pemurah.
Oh ya.. kalau Lin ada apa-apa persoalan sila email. uncle tidak mahu dibincangkan secara terbuka. Lain pula jadinya terutama persepsi umum. email tu boleh tanya erisya.
Lin buat Tie sedar............kekadang Tie ni lupa, saat kematian tu tak jauh pun.
lin, thanks ya sekurang2nya kita yang masih hidup ni dpt teruskan hidup dgn amal ibadat.tanda2 kematian yg lin postkan kat sini memang berguna....
itulah kita, berkerjalah seperti 100 tahun kita akan hidup dan beribadatlah kita seperti esok kita akan mati...
:)
40 hari before kawan saya meninggal. dia mintak maaf jika terasa menyusahkan. terasa sayau katanya. ah. kuasa tuhan. kita tak boleh nak jangka.
*al fatihah.
Post a Comment