Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apa paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan kelukaan di hati kawan2 / anda semua. Manusia tidak dapat lari dari kesilapan kan? Semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan. Amin...
KERJA SAMBILAN
BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM
Saturday, October 25, 2008
8 Fakta Menarik Tentang Mati
1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.
2. Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 – 20 saat selepas ia dipenggal.
3. Apabila Alexander The Great mati pada 323 Sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah diina di Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksirkan kos pengurusan mayat Alexander itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kos dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 biliion)!
4. Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah ‘mengambil’ nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.
5. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.
6. Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya bahna pengawet di dalam makanan yang kita makan.
7. Satu lagi fakta, mayat mereput 4 kali lebih cepat berbanding yang ditanam didalam tanah.
8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati.

Friday, October 24, 2008
Rupa Bentuk Bayi Di Dalam Gambar
Kowrang nampak tak apa yg aku nampak? cuba perhati kan gmbr ni betul2, gambar ni di ambil dr sg.melayu.com.Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Sesungguhnya akal manusia yang waras amat sukar menerima hakikat bahawa alam dijadikan dengan begitu indah, luas, dikawal, diatur dan ditadbir oleh Allah s.w.t. semata-mata untuk menyempurnakan kehidupan manusia.
Keajaiban yang dapat dilihat dari ciptaan semulajadi ini ialah kewujudan gambaran seorang bayi yang berada dalam kandungan seorang ibu. Jika diperhatikan seorang bayi yang sempurna dalam kandungan ibu jelas dapat dilihat. Jika dilihat bemula dari kanan ia merupakan sepasang kaki bayi seterusnya ke kiri adalah kepala dan sehinggalah muka atau wajah bayi tersebut.
Justeru itu penciptaan alam dan manusia mesti mempunyai matlamat yang utama. Jika tidak, sia-sialah Allah s.w.t. menjadikannya. Sedangkan Allah s.w.t yang bersifat Maha Sempurna tidak akan manjadikan sesuatu yang sia-sia.
Thursday, October 23, 2008
NGERI, Kes Rogol & Bunuh
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www. zaharuddin. net
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM .... Ertinya : Rasulullah s.a.w di dengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.
6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selainlebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun, Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.
Wednesday, October 22, 2008
Kisah Si Abang Popia...
> Hari ni kan dah masuk hari yg ke 3 kot, aku tak mkn nasi.. (tengahari laaa..) Aku kuar jek waktu lunch hour tu, tp semata2 nak p beli popia goreng kat gerai depan tu..> Aku bukannya kedekut duit nak p beli nasi bungkus tuh, tp popia goreng abg ni sedap tau.. Sekali mkn mesti nak lg, tu yg aku duk usha kedai dia tu, BUKAN TUAN KEDAI ek..
> Alah, kalo aku beli nasi pun confirm tak habis, aku nie bukannya makan sgt..
> Selalu sgt aku dgr ayat ni, "kau ni mkn main-main lah... bila nak membesar kalau macam ni, ke diet?"... Ceh!!! tak ada maknanya aku nak diet, tak pernah ayat aku buat gitu..
> Tp mmg sedap ar Popia abg nie, ke bini dia masak? ahh lantak lah sapa yg masak pun, yg penting POPIA itu tetap menjadi pujaan hatiku!
Saturday, October 18, 2008
Peringatan Kepada Pengguna Maybank2u.com
KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata. Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'. Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diterimanya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan keselamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya. Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel. Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank. Hati2...!

Thursday, October 16, 2008
Membaca, membaca & membaca
Hobi aku membaca, membaca dan terus membaca.. tak kisah lah citer apa pun.. kat email aku pun berlambak citer2 best lg dabomm.. kalo kowrang nak bg ar email, nnt aku send ek.
Org kata mcm budak skema kan? Iye ker? hampeh tol sapa yg ckap tue.. Ni antara koleksi buku2 yg aku paling syg. Novel & majalah comel Mastika. WAJIB beli tau!

Org kata mcm budak skema kan? Iye ker? hampeh tol sapa yg ckap tue.. Ni antara koleksi buku2 yg aku paling syg. Novel & majalah comel Mastika. WAJIB beli tau!

Friday, October 10, 2008
Tebalnya Kabus
* Pagi tadi... aku nak g kejer... cam biasa lah kan kuar umah kul 7.30 pg..
*
kabus tebal giler. Silau mata aku, dah ar rabun.. nak wat cam ne, aku redah je la..* mase tgh amik gmbr ni stereng kete aku menyimpang kt tgh jalan.. nak mati ker aku ni? kete kat blkg siap hon lg.. pergh!! sabo je lah..

Sunday, October 5, 2008
Sempat Gak Beraya...
Nie semua kawan2 mak aku, ada marhaban kat umah... buat sekali open house untuk kwn2 mak jek..

Ini sebenarnya keluarga Wahid ( baju merah), kawan sekerja kat Kem PLKN di Pahang...
Terima kasih buat Wahid sekeluarga sebab sudi dtg beraya ke rumah, 3 raya berturut-turut... thanks yer...ada mase dtg lah lagi.. boleh Lin masak kan lontong lg...Habis Kereta Aku...
Hari Raya ke-2 ari tue, kami semua beraya di Batu Pahat, Muar & Kluang... tp ntah macam mana ntah mase aku nak pusingkan kereta, aku terlanggar batu kot, ntah batu belah batu bertangkup pun aku tak sure ar, kat depan tu ada bukit sket aku tak nampak... yg aku tau jer kete aku dah bercalar, huh alahai... termenung aku sekejap.. nak tgk? nie.... tp tak ada ar teruk sgt..
Saturday, October 4, 2008
KEnaNgan Di HaRi RaYa
Pelbagai Jenis Kuih Raya

Banyak kan biskut raya kat umah aku sampai tak termakan, semuanya sdap2 belaka.. bila dikumpulkan balik semua koleksi biskut raya nie, aku sendiri terkejut... punyalah banyak mak aku borong... alah, beli jer semua nie..main tunjuk2 lg senang. Meh lah dtg umah. tp duit raya tak der ar, biskut jer aku bole bg... yu hu..
Camana ek kalo dalam toilet kita ada ni.....
Ketika anda menolak daun pintu tandas anda perlahan2.......... tetiba nampak benda nie, apa kowrang nak buat?

Saturday, September 27, 2008
Terpaksa Buat Report Polis!!!
Lembaran Tahun Baru 2009, sy mengenali seorang lelaki secara tak sengaja. Dalam bas! Umurnya 41 tahun! 2 minggu sebelum tu, setiap kali pergi kerja kul 7.30 pg & balik kerja kul 5.30 ptg, sy sentiasa merasakan ada org sedang perhatikan gerak geri sy.. Mulanya ingatkan perasaan jek.. tp lama2 sy jd takut.. Saya abaikan semua tu.
1 January 2009, dia tegur sy, sungguh sy tak tahu langsung dia lah makhluk tuhan yg ikut sy selama ni. Ada cerita yg kami sembangkan mengenai kerja, dia suruh sy tembak satu number hp, katanya Pegawai dia utk dptkan kerja.. Silap betul masa tuh, mati2 sy kena tipu! Dr situ dia tau number sy.
Sejak tu jugak setiap hari dia ganggu dengan meseg dan panggilan yg ntah apa2.. Sy tak pernah layan. Bunyi hp sy jd phobia dah. Bila sy off hp dlm masa 25 minit jek ada 109 missed calls masuk. Tak kira siang ke malam, kat tmpt kerja, sampai bos sy terpaksa masuk campur. Berkali2 warning di bagi, jgn ganggu sy lg, tp dia jenis tak makan saman.
Sy betul2 tak faham, kenal sy pun tak, alih2 nak ajak kahwin, Kenapa dia ni? Masalah mental ke? Beratus2 meseg dihantar ttg perasaan dia sampai sy tak larat nak baca. Sy abaikan semua tu, tp ingatkan dlm masa sy buat bodoh jek, dia dah putus asa.. Rupanya tak.. Hampir 2 minggu emosi sy terganggu. Dia ugut sy mcm2 selagi sy tak bersetuju utk berkahwin dgnnya.
Dipendekkan cerita, kat office satu kerja sy tak boleh buat. Hp sy berpuluh2 kali berbunyi, Bos sy angkat. D'org bergaduh sbb sy. Sy betul2 tension. Satu office nasihatkan sy buat report polis.. Takut sy diapa2kan kerana marah tak dpt kahwin... Disebabkan dia, sy terpaksa tukar number. Bukan tu jek, beberapa hari sy tak kuar rumah, kalau kemana2 pasti berteman!
Puas berfikir, adakah dgn cara buat report satu tindakan bijak? Macam2 yg sy fikir, nyawa.. keselamatan. Maklumlah, Pembunuhan berlaku kat mana2 tanpa ada sbrg amaran! Sy tekad, ptg tu jugak kami ke IPD Sepang atas aduan keselamatan. Slpas buat report, alhamdulillah sy tidak diganggu lg dgn benda2 mengarut tu.
Apapun, Jutaan Terima kasih yg tak terhingga buat CIKGU JINGGO yg byk membantu dan risaukan keselamatan sy masa tuh. Terima kasih jugak buat Sarjan Azman yg sampai sekarang sentiasa menghubungi sy utk pastikan sy selamat! Terima Kasih Semua!

Friday, September 26, 2008
Hatimu Bukan Milikku
Ku tercari-cari, di mana silapku...
Puas sudah ku bertanya
Namun kau tetap membisu saja
Hancurnya rasa hati, pedih tak terperi.
Hati ini bagai retak seribu
Berkecai tidak jua, bercantum tak sekali
Kesunyian semakin hari jadi teman hati
Rasa terkilan yang tak pernah padam,
Membuatkan ku bertambah terluka dan rebah tidak bermaya.
Sekuntum bunga di hujung tangkai penuh kecantikan
Waktu kau gugur seiring musim yang berwarna
Sekeping gambar di hujung kamar penuh persoalan
Tanpa cahaya gelap gelita seketika
Pertemuan kita tak pernah aku kesali
Perpisahan ini terpaksa ku relakan kau pergi
Walau pun pedih, ku tabahkan hati ini sekuat mungkin
Untuk melepaskan mu demi kebahagiaan mu kasih
Hati ini sering menangis saat kau tiada
Jiwa merintih pedih mengharap kau kembali
Peritnya ku mengharungi kerinduan yg menyakitkan..
Kalaulah kau tahu...
Kini ku tercari-cari penawar luka di hati
Agar tiada sendu di jiwa, mengenang kisah lama
Biarkanlah kisah silam pergi bersama kelam yang malam
Moga di saat ini kau mengerti
Kenangan cinta luka telah lama ku kuburkan,
Biarpun tak berkapan... malah tak bernisan.
Kini aku tahu... kau bukan milikku
Namun tetap ku doakan semoga berbahagia
Walau hatiku terluka, tak mengapa..
Kupanjatkan doa moga pintu bahagia sentiasa ada,
sebelum ku pejam mata..
Wednesday, September 24, 2008
Kisah Cik Tina & Kereta Baru
Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum ibu Undur lagi...
Cik Tina: Dah Belum...?
Farid: Belum lagi, lagi . TANG!!!!!!!!!!!
Farid: Okay ibu, dah kena, dah kena, dah kena dah!
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku, eh yg suka sangat tu apa hal!
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !
Tuesday, September 23, 2008
Cerita Malas
Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.. tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku..
Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"..

Bihun VS Mee
Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak;
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Rumput & Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Sam Dol betullah..
TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)
DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?
Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!
SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!
SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.
SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!
SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah...
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

Subscribe to:
Posts (Atom)