KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Thursday, October 23, 2008

NGERI, Kes Rogol & Bunuh


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www. zaharuddin. net

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM .... Ertinya : Rasulullah s.a.w di dengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.
6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selainlebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun, Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

10 comments:

nurdaniella said...

sukar sebenarnya nak membesar sebagai seorang wanita.. banyak dugaan yang harus di tempuh.. bayangkan budak baru 2 tahun pun boleh menaikkan nafsu serakah lelaki.. hish.. inilah lelaki2 yang bernafsu kuda..

JINGGO said...

azlin - ngerinya nak baca - cuba kita fikir2 siapa yg mahu dipertangjawabkan pada semua ni.media.handphone.sms.blog.makbapak.jantan2.sistem kerajaan.diri sendiri...tentunya ada jawapan diatas. pada azlin dan kita : pepatah lama ada menyatakan - kelaziman akan membentuk budaya akan membentuk tabiat membentuk sikap membentuk takdir......untuk itu JAGA kelazimana ( perbuatan + persekitaran )kita.jangan dicari bala ni...

Al-BIMA SAKTI said...

salam,

salam singgah,

salam kenal...

arryani said...

waaaaaa.Takutnye tgk gmbr2 nih. Ngerinyeeeeee.Mcm ni, nak keluar rumah pun takut. Takut terserempak manusia bertopengkan syaitan.

Tie said...

Kak tie rasa marah bercampur sedih bila mengenangkan kanak2 diperlakukan begitu..

azlin hashim said...

Nurdaniella > kak, tak sukar sebenarnya, dlm dunia cuma ada 2 shj jantina kan, kalo sume lelaki apa akan jd? lelaki kak, akal dia ada 9 tp 1 je nafsu. Tu lah dia.

Jinggo > Cikgu, betul, kita tak boleh menuding jari pd sesiapa. tepuk dada tanyalah iman.

Al-Bima Sakti > Terima KAsih!

Arryani > Akak, Lin ada byk lg gmbr, nak tgk?

Tie > Sy faham kak tie, tp perkara yg sama masih tetap berlaku. Adik sharline tu pun masih belum tahu hujung pangkalnya.

su said...

ngeri gak tgk gambar tuh!

bagus ade fakta dlm N3 azlin ni...moga2 jadi pengajaran pd kita sumer kan...

Daddy Cool said...

Ngeri la sis!

arryani said...

Lin, jgn ar letak gambar tuh. Kang kena saman. Sian mangsa, gambar dia ditayang mcm tuh. Msti family dia sedih. Saya ni sensitif sikit.

Anonymous said...

Sebab apa kes mcm ni terjadi? Senang je, sebab kita tak mahu ikut hukum yang terkandung dalam Quran. Kalau Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia, Saya jamin bersandarkan pada firman Allah sang pencipta, Dia yang berkuasa jadikan langit dan bumi, dia juga berkuasa mengubah sesuatu. Maka dengan itu, nasib perempuan akan terbela. Percaya la. Ini bukan nak bicara politik, tapi sememangnya yang termaktub dalam ajaran agama Islam.