Tapi tak pe, saya cuba luangkan masa untuk kawan-kawan ok. Kat bawah ni Lin ada tampalkan beberapa keping gambar sepanjang KUMP 2 & 3 PLKN di Kem De Bana, Jempol. Kalau yang tak tahu apa aktiviti yang kami buat sepanjang tempoh 3 bulan tu, tgk lah gambar kat bawah nie. Harap2 ada lah yang berminat nak mendaftar kan diri sebagai pelatih untuk akan datang ea.. ataupun kalau ada yang berminat nak jadi Jurulatih macam Lin ke, apa salahnya... hehe...
Pertandingan sukan Air. Kayak, Rakit & macam2 lagi lah. Masa pertandingan ni, kompeni yang Lin jaga dapat tempat juara. Best giler masa tu. Yang pasti piala dalam tangan untuk company kami.
KEmbara Halangan.... Lin jaga kat tempat nie. Ramai yang jatuh. nak-nak wirawati ( pelatih perempuan). Jurulatih yang lain dah berbuih mulut cakap, kalau termasuk dalam kolam tu, mata akan di potong, tapi terjatuh gak diorang nie. eiii.. dah lah mandi air katak.