KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Sunday, December 28, 2008

Fakta Menarik Tentang Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

15) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya......

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri...

26) Boleh kah anda menandingi haiwan-haiwan tersebut? Kalau boleh, sila hubungi saya sekarang jugak!!!!!!!


Thursday, December 25, 2008

Ketenangan....


Sunday, December 21, 2008

Singgah Sekejap Jek Nih...

Assalammualaikum semua... Ya Ampun.... rindunya nak berblog.. Terima kasih byk2 kepada semua rakan maya Lin yg tak putus singgah dan bertanya khabar lin... Jgn risau lin ok, bukan sengaja nak menghilangkan diri tapi buat masa ni lin nak mencari ilham jap.. nnt bila line dah clear kita jumpa lg naaa..... take care semua... BYE!!!!!!!!!!!

Thursday, December 4, 2008

Bijak Pandai Mengatakan......

Salam Semua!!! Cuti beberapa hari nih sy byk menghabiskan dgn membaca. Di sini sy petik semula kata2 yg bg sy cukup berguna!


~~> Hargailah hari ini kerana hari esok belum tentu milik kita sedangkan hari semalam telah pergi buat selamanya...

~~> Sifat manusia adalah tidak dapat menerima kenyataan terlalu banyak!

~~> Tuhan memberi kita satu lidah tetapi 2 telinga supaya kita akan 2 kali lebih byk mendengar dari berbicara.

~~> Tidak ada waktu yang sia-sia sekiranya anda menggunakan pengalaman lalu dgn bijaksana.

~~> Buku dikatakan baik apabila dibuka dgn pengharapan dan di tutup dgn pengetahuan dan faedah!

~~> Politik sama sahaja dimana-mana. Mereka menjanjikan sebuah jambatan meskipun di tempat itu tiada sungai..

~~> Orang yg boleh menerima nasihat kadang-kadang lebih unggul drpd yang memberi nasihat.

~~> Lebih baik tidak berkata apa-apa drpd berkata tanpa tujuan.

~~> Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakkannya.

~~> Anda akan dibohongi jika anda terlalu yakin tetapi anda akan hidup terseksa jika anda selalu hidup dalam keadaan tidak percaya!

~~> Berbicara terlalu banyak biasanya diikuti dengan berfikir terlalu sedikit.

~~> Seseorang dinilai drpd tindakannya bukan drpd kata-katanya.

~~> Tuhan telah menghadiahkan kepada kita masa yg singkat di bumi ini, namun pada masa yg singkat inilah tergantung keabadian!

~~> Alangkah baiknya jika seseorang digerakkan oleh alasan yang berdasarkan logik, tetapi ternyata motif manusia digerakkan oleh emosi dan perasaan belaka.

~~> Kalau anda ingin menasihati seseorang pastikan ianya PENDEK! kerana ia diukur drpd segi isi dalamnya, bukan panjangnya. Ini kerana, khutbah yg panjang pasti akan membangkitkan kemarahan org yg mendengar.

~~> Lumrah! Kita kurang yakin dgn apa yg kita dengar berbanding perkara yg kita lihat.

~~> Jangan percaya pada apa yang dikatakan sehinggalah anda betul2 sudah pertimbangkan apa yang tidak dikatakannya dgn teliti.

Ku Cari Damai di Hati




Aku & Kura-kura