KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Sunday, November 30, 2008

Tanda Persahabatan Untuk Semua....!!!!


~~> Assalammualaikum semua... harap sihat hendaknya..

~~> Selalunya Lin yg dapat Award dari sesiapa sahaja especially Daddy cool yang sememangnya kreatif & Inovatif. Tp hari ni Lin nak bg something yg boleh dijadikan kenangan..

~~> Kat bawah tu lin dah buat untuk setiap seorang, harap sudi untuk terima ( amik sekali yer cincin tu)...pastu hias kat laman rumah.. Jutaan maaf kalau ada yg tak tersenarai, mungkin Lin terlepas pandang.. tak pe! ambil jugak cincin belah rotan tuh.. tp tuh bukan cincin kahwin eh.. dan minta maaf jugak sbb lin betul2 tak sempat untuk ketuk pintu rumah masing2...

~~> Untuk Daddy cool, sorry bebanyak, lin dah puas cari gmbr daddy tp tak ader, gmbr Aliff yg comel tu tak pe ek? Untuk Cikgu Jinggo, Thanks a lot! byk yg Lin belajar dari cikgu, Insya Allah ada masa kita jumpa di Alang Sedayu..

~~> Untuk Uncle & kak Anntaj, kalau plan nak panjat Gunung bg tahu Lin ek, kepada semua jaga diri baik2... syg kowrang..

~~> Buat seketika waktu nih lin terpaksa berhenti buat seketika dr berblogging, harap satu hari nnt kita semua dpt berjumpa balik.. Yg benornya Lin dpt keje kat tempat lain, tp office baru nih tak der internet.. Tension woooo....!!!!

~~> kalau ada sesiapa nak berhubung dgn Lin terus, dapatkan No telefon dr Kak Erisya @ kak Nurdaniella... terima kasih semua!!!! Jumpa lg... byee!!!!!!!!!!

~~> Thanks Pakdul! Blog abg paling best, byk info Lin boleh dpt.. terima kasih kerana blog abg telah menemukan saya dgn kak Nurdaniella & akak Arryani! Terima kasih juga krn links kan blog Lin sebagai rakan bloggers abg. Pedulikan apa orang lain kata, jgn DELETE blog tuh. Insya Allah Lin kahwin nnt nak invite abg jd MC..


Untuk kak Nurdaniella >








































Saturday, November 29, 2008

Comparekan Harga Bahau & KL

~~> Semalam, Sy pergi satu kedai gmbr tuh.. sekali terpandang lah pen-drive.. belek2 harga dia, punyalah mahal!

~~> Harga kat Bahau kan 2GB punya RM 58.. 4 GB RM 95.. terperanjat sy..

~~> Last week sy beli kat Low Yatt, KL... 2GB baru RM 25, 4 GB RM 38 jek.. jauh beza harga dia.
~~> Pada saper2 yg nak perabih duit tu meh dtg Bahau..

~~> Harga barang pun mahal tau... at least kat KL tuh ada gak MYDIN nak diborong.. alah, sama jek kos hidup skrg dah tinggi.. sy ni jek yg tak tinggi2 lg..

Friday, November 28, 2008

Sukarnya Buat Keputusan

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi. Kau berikanlah aku petunjuk yang mana lebih terbaik untukku pilih di masa ini dan masa akan datang. Amin ya Rabbal a’alamin.

Aku berada di satu kepulauan yang sangat asing. Aku pandang alam sekeliling. Terbentang luas alam nan membiru. Aku berjalan ke hadapan, menyusuri tepian pantai. Setelah agak lama aku berjalan, aku melalui pula sebuah padang pasir, yang putih bersih. Matahari begitu terik di atas kepala. Aku berjalan lagi.

Baru ku sedar, rupanya sudah terlalu jauh aku berjalan. Namun masih belum sampai juga ke penghujung. Sedari tadi, kelibat seorang manusia pun tidak bertamu di ruang mata. Hasrat hati ingin berpatah balik. Namun aku bagai tersentak apabila terdengar satu suara berbisik.

“Jangan! Teruskan perjalanan kau. Kalau kau berpatah balik, belum tentu kau selamat,” Aku mula bingung. Lalu aku berjalan lagi. Semakin jauh dan jauh. Aku melalui pula sebuah denai yang berbulit bukau. Kelihatan sebuah sungai yang agak panjang tetapi alurnya kecil. Aku cuba minum air sungai itu. Tetapi sebaik sahaja air sungai itu di tadah ke telapak tangan, suara tadi berbisik lagi.

“Jangan minum! Air tu beracun,” Ahh! Siapa kau? Aku menjadi semakin bingung. Tekak terasa begitu dahaga. Aku cuba bangun dan ingin melangkah ke seberang sungai. Tapi gagal. Aku hampa. Hairan. Anak sungai yang hanya beberapa meter sahaja lebarnya, terasa sangat luas untuk dilangkah. Aku terasa begitu lemah. Tiada siapa yang dapat membantu di kala itu. Tiba-tiba datang satu tangan menghulurkan bantuan. Aku mencapai tangan itu dan akhirnya berjaya untuk menyeberangi sungai tersebut. Hanya sebelah tangan. Tanpa rupa dan wajah untuk aku mengenalinya.. tangan siapa tu? Yang sudi membawa aku keluar dari lembah itu.

"Astagfirullahal’azim... aku bermimpi rupanya,” cepat-cepat aku meraup seluruh muka dengan tapak tangan. Apalah makna mimpi aku ni. Aku bertanya sendiri. Sekilas aku melihat jam di skrin handphone. Tepat pukul 3.00 pagi.

Sy mendapat mimpi ni selepas buat solat istikharah. Sampai sekarang hati sy tak keruan. Mcm2 yg sy fikir.

1 minggu sebelum tu.
Hati sy hancur. Tak ada air mata yg keluar, cuma rasa terkilan yg berpanjangan. Dia menyepi tanpa khabar berita. Sy tahu, dia terpaksa. Entah dimana silapnya hubungan kami tak direstui, alasannya family dia malu dgn keluarga kami. Sy tarik nafas dalam-dalam, tak tahu hendak kata apa. Sejujurnya saya tak pernah nak meletakkan syarat untuk berkawan dgn sesiapa, cukuplah hati sy terbuka. Sy tak minta langsung untuk dia sediakan sebuah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang apatah lg untuk dia sediakan tujuh dulang hati nyamuk dan semangkuk darah anak raja sebagai hantaran. Siapalah saya ni. Saya ni bukannya anak puteri raja yang turun dari kayangan..

Tak pe, sy cuba belajar untuk terima semua nie. Berkali2 sy pujuk diri. Tp adakalanya sy tewas jugak.. Sy akur, sy tak nak dia jd anak derhaka disebabkan sy. Apalah sgt sy mengenalinya hanya setahun dua kalau dibandingkan dgn mak sendiri yg menjaganya lebih 25 tahun.

Hampir 2 tahun yg lalu...
Org yg berlainan, pilihan family. Kehadiran dia dlm hidup sy benar2 mencabar kesabaran. Sikit pun saya tak boleh pandang muka dia. Hati sakit, jiwa sakit.. semua sakit. Berkali2 sy berdoa semoga tuhan lembutkan dan bukakan pintu hati sy, tp sy betul2 tak mampu. Semakin lama kebencian tu semakin menggunung.. ada sikap dia membuatkan sy tak boleh terima, dia manusia hipokrit! tak perlulah sy nyatakan di sini kenapa sy membencinya. Tp bukan di mata family, Family sy memandangnya perfect! Seolah2 dialah malaikat...

Dipendekkan cerita, sy tolak pinangan dia. Terlalu byk perkara berlaku bila org lain masuk campur. 100% kesalahan di bahu sy! Sampai bengkak mata lin menangis.. sy tahu sy bersalah. Sy dah byk ketukkan paku di hati org2 sekeliling sy.. terutama mak..

Lebih setahun hati sy terseksa, sbb terpaksa berpura-pura. Sy sygkan family sy... tp dlm masa yg sama betul2 tak boleh terima dia.. tp harapan mak ayah tak boleh diketepikan. Hati sy pedih, dah sehabis daya sy cuba pasrah! Sy selalu berdoa, tunjukkan siapa diri dia yg sebenar. Kalau betul sudah tertulis di azali dia jodoh sy, bukakan pintu hati sy utk terima dia. Tak putus solat istikharah dan hajat sy pd yg maha Esa. Alhamdulillah, sy nampak jln... sedikit demi sedikit hubungan tu renggang dgn sendiri. Family pun tidak pernah menyebutnya lg..

Tahun 2008, masing-masing buka lembaran baru. Tutup terus tahun 2007 yg menyakitkan. Tp selepas berlakunye perkara nih, hati sy dirantai kebimbangan yg tak bertepi. Setiap kali melihat wajah mak & abah, hati sy rawan. Tak pernah sy menangis depan mak & abah. Di hadapan mereka, sy selalu kelihatan tabah... selalu tersenyum.

Sy tahu, mereka terlalu risaukan sy.. acapkali sy terkedu bila dgr ayat tuh.. Sampai sekarang terniang-ngiang lg.. Sy tahu, mak dan abah masih lg dibayangi dgn kenangan semalam. Mereka masih lg mengharapkan "dia" yg pernah sy tolak lamarannya satu ketika dahulu.

Apalagi yg harus sy lakukan.. sy perlukan kekuatan. Cinta tak boleh dipaksa! Apa yg harus sy buat supaya tak menyesal kemudian hari?
Ini soal hati dan perasaan, soal masa depan!

P/S > Jutaan maaf! sepanjang berblog tak pernah lg sy post cerita sebegini, tp hari nih sy langgar... Sy harap akan temui jln keluar dgn pendapat anda... Terima kasih segalanya!

Tuesday, November 25, 2008

Tanda2 Sebelum Meninggal Dunia

Mungkin ada di kalangan kita yg pernah terbaca tentang nie, tp tak salah kalau baca lg sekali. At least kita akan sentiasa beringat tentang KEMATIAN.

~~> Lin pun nak tunaikan hajat kak Erisya sbb akak Erisya pun nak baca post yang ini.

Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT. Kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian. Tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda akhir.Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah sunat. Saling berpesan2lah sesama kita.. Amin.. Saya Sayang anda semua...



Sunday, November 23, 2008

Jom..!!! Gi Ulu Bendul..

~~> Smlm sy turun KL jap dgn kawan, saja tgk Karnival Pekerjaan kat PWTC... ramai gila org.

~~> Masa nak balik tu singgap jap kat Hutan Lipur Ulu Bendul.. gi makan, pusing2 jap kat kawasan Air Terjun tu, posing2 sket tangkap gambar.. Pelik gak k'org masa tu, Iyelah masuk hutan pakai baju Kurung..

~~> Tgk gambar yg sy amik tu, cantik kan Ulu Bendul. Sape yang nak pergi berkhelah tu dtg lah.. Tapak perkhemahan pun ada... Sejuk jek tempat ni.. Jom ramai2... Welcome to Negeri Sembilan!!!!..

~~> Kalau nak tahu, kat tingkat atas jeram ni ada gunung Angsi, boleh panjat kalau minat jungle tracking, sy dah pernah naik.. tp penat lah...!!!

~~> Kat Ulu Bendul ni jugak ada Taman Ular sawa, kira Anaconda terbesar lah.. tp sebelum ni sy naik, ularnya tinggal berapa ekor jek. Dah tak byk pun.

~~> Banyak kemudahan yg ada kat sini, gerai & kedai makan, surau, tempat memancing, byk lg lah... Tak rugi singgah!









Friday, November 21, 2008

Peringatan Untuk Wanita

Hai kaum Hawa, Tlg baca ni! Air dalam botol plastik di dlm Kereta, sangatlah berbahaya!!!! Penyumbang besar kepada Kanser !!!!

Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta. Ini kerana hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam kereta.

Hawa panas dapat menyebabkan toksin /racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Seboleh mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Wednesday, November 19, 2008

Tag Dari Kak Su

7 ciri wanita/lelaki idaman anda
~~> Matang
~~> Dia tak kaya pun tak pe asalkan Caring, Baik & bertanggungjawab.
~~> Bukan panas baran & kaki perempuan!
~~> Beriman
~~> Hensem.. haha
~~> Paling penting Family boleh terima seadanya.


7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup
~~> Aznil Hj Nawawi..
~~> Aznil Hj Nawawi
~~> Aznil Hj Nawawi
~~> Fara Fauzana
~~> Fara Fauzana
~~> Shiela Rusly
~~> Shiela Rusly

~~> Semua yg di atas ( semuanya mulut becok kan? haha..)

7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati
~~> Gembira tak terkata.... Sbyk 7x gak!

7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda
~~> Tanah Suci Mekah (Kalau boleh skrg jugak nak terbang ke sana)
~~> Korea.. nak main salji... mcm kat dlm citer Winter Sonata tu kan.
~~> Sumer pulau2 yg cantik2!
~~> Pulau Dinawan kat Sabah

~~> Kem PLKN Chamang.. haha.. aku rindu giler nak g sana, dekat ngan Air Terjun Chamang woo... Tp ramai dah mati kat situ..!!
~~> Bukit Tinggi, Pahang.. Cantik sgt, mcm kat Oversea..
~~> Goldcoust, Australia.


7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda
~~> Zuriat sendiri ( kalau dah kahwin mmg ar, aku bujang lg.. gila babas ke nak ada anak sendiri.. huhu)
~~> Kereta Honda (tak mungkin.. Aku pun tak der kete jenis gitu weh..!!)
~~> Baju? (Org tua2 sokmo kata, elakkan nnt tak kekal..)
~~> Duit ? ( Baik aku p bayar hutang PTPTN aku.. ader gak pekdahnya..)
~~> Bunga ( ingat pakwe aku nih Nyah ker?)
~~> Ahh! tak tau ar nak bg apa.. kalau dia nak, pandai2 lah beli sendiri..


7 tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda
~~> Kalau aku nyanyi, konpom dia gelak guling2 punyer.. Iyer lah, sore bdk2 yg kat dlm TOM TOM BAK tu lg sedap tau... isyk..isyk.. isyk..

7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.
7 org jek ker? naper sume serba tujuh nih? ok lah.. Part ni paling Best.. aku suka.. suka.. suka...~!!!!

Al- Bima Sakti
Cikgu One Zaba
Erisya Nor
Kak Nurdaniella
Lanun Monkey D Luffy
Mr Blind
UnrestMind

Buat.. jangan tak buat.. !!!!

Tuesday, November 18, 2008

Jawab Tag dr Nanchan

Sorry byk2 pada awak nanchan sbb terpaksa amik masa untuk siapkan Tag nih atas kesibukkan kerja. Terima kasih, Tag paling panjang saya pernah terima. Untuk Cikgu Su, Tag akak KIV dulu yer..

1. Real name : -Noor Azlin Binti Hashim
2. Nickname : Lynn @ Kak long
3. Status : Single
4. Zodiac Sign : Aries
5. Gender : Female..

6. Age : 21 March 2009 genap 25 thn. ( eh.. tua dah aku ek, baru perasan..)
7. High School : SMK Lui Barat, Negeri Sembilan
8. College : International Islamic College
9. Height : 149 cm ( sama cam alamat umah aku..)

10. Weight : 41 kg ( nak tambah lg nih)
11. Do you like yourself : aku bangga jd diri aku.

12. Piercings : x.
13. Right or left : Right
14. Are you a freak : Pelik????
15. Hair : ..........

16. Skin : Malay type
17. Allergic : Semua benda yg tajam.. kulit sentisif sungguh, cepat luka.
18. What are you doing now : Menghadap komputer lah… sampai la ke petang nnt..

19. What will you doing 1 hour later : masih buat benda yg sama
20. What will you doing 10 years later : Dah berkahwin, jaga anak2 & tetap nak berkerja & cita2 aku nak ada novel sendiri dan jd pegawai kerajaan Gred N44, nak gantikan tmpat Cik Adawiyah.. haha..!!

21. Live with mother/father/parents/family : Family.. baru jek
22. Siblings (included you) : 5

23. Eldest : Aku laaaa….
24. Youngest : Adik lelaki umur 13 tahun…
25. Love/hate your family : Of course sayang, family lah nyawa sy..

26. You found your another half : Belum lg laaa…
27. If yes, who is he/she : -
28. Who you want he/she to be :
Tatau…)
29. Time(s) you in relationship : Dua kali jek…
30. Ever woo boy/girl : haha…

31. Anyone woo you before : ada lah….
32. Did anything wrong to your other half : Biasa lah, manusia kan?
33. What was/were the wrong you had done : Aduhai…

34. Ever argue with your other half : erm?
35. You with your other half since : …..
36. Are you straight : kadang-kadang!
37. Reasons you love your other half : dia baik…(cinta pandang pertama)
38. You and your other half in which stage : stage first..

39. You woo he/she or he/she woo you : dia lah..
40. Ever think of marry he/she : Of course! Itu lah impian.. kalau boleh segala2 nya nak dgn dia… waduh! Jiwang karat!
41. Your first best friend : Alah, kalau cakap pun bukannya kowrang kenal..
42. Your first enemy : Adalah sorang tuh..
43. The friends you love the most : sy syg semua kwn2 termasuk yg tgh baca nie…

44. The enemy you hate the most(1 only) : Org yg sama… tak baik bermusuh dgn org, aku tahu tue.. tp … aduh malas nak cerita ar… kepala aku tetiba MIGRAIN kalo ingat kan dia.Argghhh!!!!
45. Your most beautiful girl friend : tak der, aku yg paling cantik… wakakaa.
46. Your most handsome boy friend : Xder pun yg boleh buatkan aku ngigau siang malam.

47. The kind of girl you hate the most : Hah! Yg nie aku suka nak jwb.. PEMALAS, SUKA MERUNGUT, HIPOKRIT, TALAM DUA MUKA & yang sewaktu dengannya..
48. The kind of boy you hate the most : Yg suka memainkan perasaan perempuan & tak boleh nak berdiri di kaki Sendiri!
49. You fall in love with your close friend before : No, bg sy kawan tetap kawan.. Tak boleh berubah jd kekasih.

50. If your friend backstabbing you : Jauhkan diri terus! Kejahatan di balas dgn kejahatan itu namanya DENDAM. Sy akan terus mendiamkan diri & Kawal diri setenang mungkin.
51. If your friend betray you : sama lah mcm jawapan No 50.
52. If your friend woo your lover : Buat bodoh jek..

53. If your friends fall in love with you : Mmg dah ader pun.. ( tolak secara baik!)
54. If you fall in love with your best friend : Giler babas lah.. itu namanyer sy dah khianati prinsip sendiri.
55. Are you a good student : Dgn bangganya aku berkata, YES!

56. You always done your homeworks/assignments : mmg lah, kang failed saper nak jwb?
57. The teacher/tutor you love the most : Mdm Ruzana Abd Razak.. dia pernah celebrate my birthday…best giler
58. Always late to school/college : No! I’m very on time & Punctual.
59. Your class : X jugak

60. You love your seniors : Tak pun…
61. Senior who you love the most : X der

Aduh sakit tengkuk weh..!! bile nak habis soklan nih Nanchan ooiiii....?????? dah macam balai polis pulakkk....

62. Your classmates good/bad : Good
63. Excellent result classmate : X de..aku yg paling cerdik
64. Laziest classmate : Ada sorang tue, aku mmg malas nak group assignment dgn dia.
65. Smart people : aku gak… tu ar, org cakap tak cayer... huhu
66. Stupid people : Tak der…
67. Good looking people : aku gak

68. Ugly people : Xde, ciptaan tuhan semuanya cantik2 belaka.
69. Funny people : Erm...semua orang yg ada di sekeliling aku.
70. Cute people : Aku la.. haha.. ( mesti kowrang menyampah kan dgr) huhu…
71. Bad people : Dah byk mengumpat dah nie, malas nak ckp ar..
73. Honest people : Aku gak.

74. Acting people : No komen
75. You are what kind of people : Cuba tgk kat my profile blog tuh, aku dah tulis daaa…
76. Lip or eyes : lip
77. Hugs or kisses : ni merujuk pada siapa nie..?
78. Shorter or taller : Isyhhh…
79. Hesitant or spontaneous : ntah lah..
80. Nice stomach or nice arms : nice stomach

81. Listener or talker : dua-dua..
82. Romantic or rich : dua2 gak

83. Good husband or Good Father : Aku ni pompuan…Saper yg buat soklan nih?
84. Age to get marry : Insya Allah target next year, dtg eh… bawak hadiah besar2 tau! Huhu…

85. Numbers of kid(s) : 4
86. Career : biarlah rahsia
87. Salary : Lepas ar nak bg mak ayah & bayar duit keter…
88. Retirement age : 55 kot..
89. Properties value : nyawa sendiri & kereta..
90. Wishes : happy selalu…!

Huh! habis gak soklan nih.. Daaaa....

Friday, November 14, 2008

Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu..

Semua Fakta2 nie pun sy ambil dr MASTIKA.. Kalau ada yg musykil & Confius jgn cari saya eh! Sebab yang tulis nie pun sama dengan jek.. Peace!

1. Slh 1 cara sapaan dlm masyarakat Masai di Afrika ialah dgn meludah antara satu sama lain. Tp jgn lakukan di sini, nnt anda akan di lempang!

2. Percaya tak? Statistik menunjukkan hampir 50% kes rompakan bank seluruh dunia berlaku pd hari jumaat & kira2 90% wanita akan membelok ke kanan apabila masuk ke pasaraya. Pelik kan?

3. Watak kartun terkenal, POPEYE mempunyai 4 anak saudara. Anda tahu nama bdk2 tu? Pipeye, Peepeye, Pupeye & Poopeye!

4. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.

5. Mayat Raja Firaun, Tutankhamen diisi dlm 4 lapisan keranda & keranda ke-3 diperbuat drpd 1,125 kg emas. Jika dinilai m’gikut harga pasaran zaman skrg, nilainya ialah sekitar RM42,464.500!

6. Neil Amrstrong m’jejakkan kaki ke permukaan bulan dgn kaki kiri.

7. Bilakah tarikh lahir anda? Utk pengetahuan anda, smsa anda meraikn hari lahir itu, ada kira2 9 juta lg manusia yg turut sama meraikannya.

8. Huruf yg paling kerap digunakan dlm BI adalah huruf “E” mnkala huruf “Q” adalah yg paling sikit. Kalo tak percaya, g lah beli NSTimes skrg & semaklah sendiri.

9. Joseph Pulitzer, ahli politik dan juga penerbit buku terkenal, sgt benci pd bunyi bising. Dia pernah menembak beberapa org lelaki hanya kerana menghirup sup terlalu kuat.

10. Huruf Arab, Urdu & Hebrew adalah 3 tulisan yg ditulis dr kanan ke kiri.

11. Presiden ke 20 Amerika, James Garfield blh menulis dgn kedua2 belah tgn secara serentak & dalm kedua2 bhs sekaligus.

12. Jino Bridger, slh seorg pengakap yg terkenal di Amerika Syarikat, blh bertutur bhs Sepanyol, Perancis & India. Tp peliknya dia tidak tahu menulis & membaca tulisan dlm bhs2 tersebut.

13. Org Afganistan adlah manusia yg mula2 sekali memakan carrot sbgai sayuran.

14. Di Bangladesh, kanak2 seawal usia 15 thn blh dipenjarakan jika meniru dlm peperiksaan akhir.

15. Pd thn 1876, Alexander Graham Bill m’jd manusia paling berjaya di dunia krn mencipta telefon, tp dia tdk pernah m’gunakan telefon ut berhubung dgn isteri & ibunya sbb mereka berdua pekak.

16. Mayat Ketua Kaum Omaha ( salah 1 kump Red Indian) yg bernama BlackBird dikebumikan dlm keadaan duduk di atas kuda kesayangnnya.

17. Lbh kurang 98% perisian komputer di China adalah tiruan.

18. Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter adalah seorg pembaca yg pantas. Beliau berupaya membaca 2000 pth perkataan dlm masa seminit.

19. Sehingga tarikh ini, tiada siapa tahu dimana mayat komposer muzik terkenal, Wolfgang Amadeus Mozart dikebumikan. Ini kerana semasa upacara p’gebumiannya pd 1791, tiba2 ribut, guruh & petir melanda. Semua org cabut lari dgn meninggalkan kerandanya di tepi kubur. Apabila mrk kembali, keranda berisi mayat Mozart telah tiada.

20. Lbh separuh drpd perokok yg ada skrg pernah cuba utk berhenti, termasuklah slh seorg perokok yg sedang membaca nota pendek ini.

21. 1 kebakaran besar tlh berlaku di London pd 1666 m’yebabkan separuh drpd kota raya itu musnah. Tp peliknya, hanya 6 org shj yg cedera dlm malapetaka itu.

22. Setakat ini belum ada peserta acara sukan lompat tinggi yg blh berada di udara lbh dr 1 saat.

23. Purata jangka hayat penduduk Sierra Leone di Afrika ialah 41 tahun.

24. Guiness Book Of Records memegang rekod dunia sbgi buku yg paling kerap hilang di perpustakaan awam.

Tuesday, November 11, 2008

Tahu kah Anda

Semua nota-nota ringkas ini sy petik dari Majalah Mastika. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hendaklah berhubung dgn pihak MASTIKA terus.. Harap Maklum!

1) Dianggarkan sekeping tilam berusia 10 tahun beratnya akan meningkat 2 kali ganda berbanding semasa di beli. Mana taknya, ditambah dgn habuk, sel kulit mati, kelemumur, rambut, hama, bulu, pasir, peluh & byk lg lah unsur lain yg dah tak larat sy nak tulis.

2) Dlm tempoh seminit ini, secara purata pengguna komputer akan m’gelipkan mata sbyk 15 kali.

3) Zaman skrg ni ramai suami yg curang. Depan mata pijak semut pun tak mati, tp blkg... ya ampun! Percaya tak kowrang, bg mencegah perkara buruk ini drpd berlaku, wanita dr keturunan Pigmy di lembah Congo, Afrika telah mentatukan nama mereka ( isteri) di dahi suami. Ia sebagai tanda lelaki tersebut sudah berkahwin, jd jgn nak menggatal. Anda hendak cuba?

4) Seminit slps anda membaca ayat ini, 100 org akan meninggal dunia & 240 bayi akan dilahirkan. Kenapa? Sbb pertambahan populasi dunia dianggarkan sbyk 140 org seminit.

5) Mengunyah gula2 getah semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih.

6) Kira2 17% manusia adalah kidal, sama dgn Gorila & Cimpanzee. ( ini fakta ya! Sape2 yg kidal especially cikgu Jinggo kalo baca... jgn marah yer)

7) Percaya tak anda, purata seorang kanak2 menghabiskan masa utk mempelajari sesuatu melalui TV sama dengan masa mereka berada di sekolah.

8) Hanya seorg drpd 2 billion manusia yg mampu hidup sampai usia 116 tahun @ lebih!

9) Buah anggur akan meletup kalo anda memanaskannya dlm ketuhar. Tak caya pergi buat skrg!

10) Menurut 1 kajian yg pernah dilakukan, rambut org2 yg bijak didapati m’gandungi lbh byk unsur zink & tembaga berbanding org yg kurang bijak.

11) Gelang getah akan menjadi lbh tahan lama kalo disimpan dlm peti sejuk.

12) Utk mencairkan 29.3 g lemak yg t’dpt dlm bdn, anda perlu berjln kaki sejauh 55 km.

13) Menghidu bau buah2 seperti pisang & epal hijau blh membantu seserg utk m’gurangkan berat bdn. Kalau tak percaya cubalah!

14) Jarak antara bumi dgn matahari ialah 150 juta km! Jika anda memandu kereta dgn kelajuan purata 96 km sejam, ia akan m’gambil masa 177 tahun utk sampai.

15) Jika anda ingin m’ghitung bintang2 yg bertaburan di galaksi pd kadar sebutir bintang setiap saat, ini bererti anda akan m’gambil masa selama 3,000 thn utk m’habiskannya.



Monday, November 10, 2008

Tag dari Kak As

1. Your relationship with him/her ?
- Siapa? dia... special in my heart!

2. Your 5 impressions towards him/her ?
> Baik
> Nampak matang
> Senyumannya manis, 4 malam aku tak blh lupa...
> Caring
> Hensem.. huhu

3. The most memorable thing that he/she has ever done for you ?
> emm...banyak.. pergi & jemput aku balik kerja... byk laaa... aku tgh sedih nih, malas nak ingat balik.

4. The most memorable words that he/she has said to you ?
> I love U! I Miss You!

5. If he/she becomes your lover, you will...
> Ya Allah.. kalau betullah... 3 hari 3 malam aku buat kenduri kesyukuran.

6. If he/she becomes your enemy, you will...
> Terkedu aku sekejap dgn soklan nih.. tak nak laaaa...... dlm mimpi pun tak nak!

7. If he/she becomes your lover, he/she has to improve on...
> lebih menghargai hubungan ni... lelaki jangan ego!

8. If he/she becomes your enemy, the reason is..
> sama mcm jawapan no 6, malas la nak cakap benda yg sama berulang kali. Sorry!

9. The most desirable things to do for him/her are...
> something yg dia akan ingat sampai bila2... apa sahaja...

10. Overall impression towards him/her is...
> Aku kenal hati budi dia & yakin dia blh buat yg terbaik.

11. How do you think the people around you will feel about you ?
> Entahlah... susah nak baca hati org! harap2 yg baik sahaja yer...

12. Who is your ideal ?
> Of course my buddy, Cikgu Rohaya & dia...

13. What do you hate about yourself ?
> Sikap yg buruk & saya perlu mengubahnya!

14. For the people who care for you and like you, say something about them...
> Thanks 4 everything & Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita... amin...

15. Bra or panties ?
-Ishh!! mana dpt soklan nih?

16. Chocolate or ice-cream ?
> Dua2 tak der pun tak pe, sy tak suka sgt benda yg manis...

17. 10 people to tag
> Kalau aku Tag, nak ke d'org buat... hari nih hari malas aku sedunia! aku malas nak Tag sape2..

18. Who is number 1 having a relationship with?
> Berani lah dia nak curang ngan aku...

19. How about no 5 & no 8-
> Hurmm..

20. If number 7 and 10 got together, would the a good thing?
> tak faham ar... tgh blur nie...

21. When was the last time you had a chat with them?
> tgh chat lah ni.. dlm ym... nak jumpa jauh kan..

22. Say something about number 1?
> Kalau blh mmg nak sgt hubungan ni berakhir dengan 1 ikatan dan menemui jalan keindahan. Please pray 4 me!

p/s : utk Nur Kasih~ @ Kak As minta maaf lah byk2 sbb terpaksa edit & delete byk benda dlm TAg ni... Lin tak jawab habis yg benornya... minta maaf yer..!

Friday, November 7, 2008

20 Fakta Menarik Tapi Benar...

1. Apabila kita bersin, seluruh fungsi bdn kita akan terhenti termasuklah jantung. Ini krn tekanannya terlalu kuat.

2. Utk pengetahuan anda, 24 jam dr skrg.. dianggarkan anda bernafas sbyk 23,040 kali. Ini bermakna dlm setahun anda bernafas sbyk 8,409.600 kali.

3. Jika anda mengira tanpa henti selama 24 jam sehari tanpa henti, ini bermakna anda perlu mengambil masa selama 31,688 tahun utk sampai ke angka 1 trillion!

4. Jika seorg lelaki menghentakkan kaki setiap hari, dia blh mengurangkan 1/10 kalori dlm bdnnya.

5. Jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 manakala Otak manusia m’punyai 100 billion urat saraf!

6. Interaksi 72 otot diperlukan utk membolehkan manusia m’hasilkan suara.

7. Purata seorg wanita m’ggunakan gincu sbyk 3 kg dm hidupnya.

8. Berat rambut yg tumbuh pd tubuh serg lelaki dlm temph 10 thn tidak sampai pun 1 kg.

9. Kalau anda menjerit berterusan selama 8 tahun, 7 bln & 6 hari, ini bermakna anda tlh berjaya memanaskan secwn kopi. Alahai... tak berbaloi langsung!

10. Jantung kita berdenyut lebih kurang 100,000 kali sehari dan mengelipkan mata sebanyak 14,400 kali sehari.

11. Tidak seperti sel2 lain, sel otak adalah sel yg hidup paling lama dlm tubuh manusia. Ia akan hidup selagi manusia itu bernyawa.

12. Jika seorg lelaki tidak mencukur janggutnya sepanjang hayat, janggut itu blh mencecah sehingga 8 m pnjg.

13. Di kepala kita terdpt kira-kira 100,000 helai rambut & dianggarkan terdpt sejumlah 7,000 – 15,000 helai bulu pd jambang seorg lelaki. Hurmmmm!

14. Kulit anda kalau disiat & dihamparkan, ia berkeluasan 6 m persegi.

15. Manusia berjalan sejauh 160 bilion mililiter spjg hayatnya. 16. Bayi yg baru lahir tdk ada lutut sehingga berusia 2 thn & hnya akan m’geluarkan air mata bila mencecah 8 minggu.

17. Darah akan memancut apabila kulit kita terluka sama ada ditikam @ di tembak. Keadaan ini berlaku krn jantung m’hasilkan tekanan yg cukup kuat.

18. Kepala manusia seberat 3.6 kg, jantung org dewasa seberat 0.4 kg & mata pula 28 g. Kalo tak percaya sila cabut kepala anda & timbang!

19. Kita memakan 60 kg gula dlm setahun & minum 800 gelen @ 16,000 tan air spjg hayat & terakhir, mengantuk selama 7 minit sebelum tidur!

20. Kita ketawa sbyk 15 kali sehari. Jumlah ini terlalu kurang, kita perlu tambahkannya spy hidup ini menjadi lbh ceria. Hidup ini pendek shj, so, kita kena ENJOY.....!!!!!!!!



Sy percaya, 90% drpd pembaca info ini tdk tahu ttg fakta yg telah diberikan.

Wednesday, November 5, 2008

Histeria, Tekanan, Sihir & Bomoh!

Hari nie saya pening! tak cukup rehat & tidur... effectnya sakit kepala... Mlm td tidur kul 12 mlm, kuar makan kat luar, abah nak belanja mkn satay pulak..

> patutnya org mengantuk disorong bantal, bukan bg satay...hehe... apa pun, thanks abah!

> tgh terlelap tuh, tepat kul 2 pg, pintu rumah kami kena ketuk org.. huh tersentak saya. terus menggigil satu badan.

> Saya memang takut, anak jiran belakang rumah "kena" lagi, aduhai mcm mana nih.

> Kami sekeluarga terus bangun, tp tak bukak pintu.. dr dlm rumah kami dgr jek dia terjerit2, dia mengamuk! bawak parang nak bunuh org.

> Betul! dah byk kali macam ni, pernah sekali tuh tgn adik dia kena libas ngan parang, berdarah!
> Saya cakap mak, Call polis, abah kata jangan. Habis nak buat macam mana nih? kwsn rumah kami riuh rendah jdnya kul 2 pg, abg2 bdk tuh berlari dtg nak memujuk. hah pujuk cepat!

> Dgr jek bunyi bising & ada yg laungkan azan, budak yg kena rasuk tuh berlari keluar, terus terjun dr tembok rumah saya.. kami semua menjerit.




> dr atas tembok umah nih lah dia terjun sampai ke bawah.. ya Allah, saya betul2 takut.. umah saya tinggi sgt. bleh tgk dr gmbr tuh. nampak kan atap Masjid. curam!

> Kesian dia, dia tak sedar. dia sakit! Mungkin kaki dia patah, sbb tak jd Superman. Muka pulak tersembam ke simen. Aduh sakitnya!

> Jumpa bomoh, kata kena buat org, kena sihir! pergi hospital doktor kata dia sakit mental, tekanan perasaan yg melampau. bape punye lama kena tahan kad wad mental. Sebelum ni dia ok, belajar pun pandai.

> Mana satu betul eh, apa pendapat kowrang, kowrang semua percaya bomoh tak?

Tuesday, November 4, 2008

Dapat Gak Bayar Hutang Tag

Hari nie baru berkesempatan utk bayar hutang tag, Lin buat sekali jek lah eh tag dari DADDY COOL & CIKGU ONE ZABA, tak pe kan?
Gmbr nie betul2 Lin ikut Rules... kalau nak tau, benda yang lin lilit kat kepala tuh baju kelawar! Bantai lah asal kan Ori.. sungguh masa nie dah mlm dah nie... nak tidur pun. Muka org mengantuk cam ni lah gaya nyer...
LAW & RULES

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this.


Rules yg No 5 tuh, org pertama yg Lin dah nampak nak kenakan abg MAZIDUL 360, tp nak ker dia buat? tak pernah ayat ada dlm blog dia.. kang dia menjerit pulak dlm YM, ahh cancellah... Lin tak nak kenakan sape2 bleh tak?

Eh tp tak blh sbb kena ikut RULES kan, ok lah Lin nak cuba TAG sahabat baru Lin :

Shifu 67, Arryani , Cikgu Jinggo ( harap dah baik demam yer), Kak Tie, Naz Ilyn, Minda Muallim, Uncle Mountdweller, Silence , Watashi - Vanillasky & UnrestMind

Saturday, November 1, 2008

Semuanya Kebetulan

Nak dgr cite tak, kisah ni berlaku smlm tau.. Sebenarnya kan, lepas kem Lin kena tutup, Lin keje sambilan kat kelas komputer ni hah.. ( merangkap CC sekalilah) bukan chief clerk ek!

Dlm kul 4 ptg smlm, tetiba jek hujan, tak de lah lebat sgt.. Aku pun punya lah berlari ke tingkat bawah nak tutup cermin kete, takut masuk air... kang banjir terus aku gak yg susah! masa tgh tutup cermin tuh tetiba jek ada satu Wira nak parking kat sblh kete aku.. aku mmg tak perasan, iyelah dgn keadaan menonggeng tu kan, aku tak pndg org blkg dah... yg aku sedar kete td dah hon bertalu2 kat aku... Pergh mamat ni, saja jek nak kenakan aku... malu siot! kiri kanan org tgk aku... tak menyabar langsung!

Dipendekkan cite nih, lepas jek tutup cermin aku terus naik. Belum sempat aku nak duduk lelaki tu tercegat kat muka pintu, aku tanya dia nak apa? dia kata nak guna internet... hah masuk je lah.Dia masuk, aku terus g kat komputer aku. Waktu2 mcm nie, student tak ramai sgt, byk lg komputer yg kosong.. boleh pilih jek nak yg mana. Aku dah siap bg lg lelaki tu 1 pc belah dpn, tp yg aku bengangnya dia nak jugak komputer yg aku tgh pakai.

Malas nak bersoal jwb, aku bangun! dgn buku dgn hp aku capai, tak sempat nak sign out ym ngan email.. aku pindah kat PC yg sebelah lg... tgh duk berchat dgn kak Nurdaniella tu, tetiba ada 1 msg masuk.. joint sekali nak chat ngan aku... nama dia Haikal Iskandar...Mcm2 ar dia tanya, eh siapa nih? lama gak lah berteka teki, ntah mcm mana dlm masa tuh aku boleh perasan, mamat yg td tu tgh YM gak... aku intai2 sket... ceh! dia nak kenakan aku lg mamat nih! mcm mana muka aku bleh ada kat YM dia... mmg hampeh lah dia nih.

Lebih haru, berkali2 aku duk tgk muka dia, mesti dlm hati dia gelak sakan kat aku... patutlah masa aku tanya td dia duk mana dia kata dr melaka, aku jwb sebelah ngan tmpt awak (maksudnya aku kat n.9) aku tak bermaksud langsung " sebelah" tu maknanya sblh ngan komputer... masa tu, punyelah lama dia nak bls msg tuh.. Bila aku dah tau Haikal Iskandar tu sebenarnya dia, aku terus sign out, blah!

Tak habis lg dia nak kenakan aku nih... Aku rasa kan, dia tahu guna komputer tau tp saja jek.. dia tanya aku mcm mana nak buat email lah, apa lah... tak pe! aku sabor lg kan... aku tunjukkan jugak...

Dipendekkan cite lg nih, dlm kul 5.30 aku balik, sampai je kat umah aku punyelah terkejut beruk tgk lelaki td ada kat umah aku... sedap jek dia tgh mkn kuih raya, aku tgk dia, dia tgk aku... msg2 terperanjat.... Eii mmg terperanjat ar...


Sebenarnya kan, ayah dia ngan ayah Lin dulu kwn baik, dah lama tak jumpa... Isyh, mmg pelik lah... napa mcm ni ek. Padahal k'org dah berperang dulu dah sebelumnya. Pd lelaki tu minta maaf lah kalo berkasar..