KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Monday, November 30, 2009

Apa-Apa Jelahhhh

Hari ni aku resah..
Gelisah...
Tak tentu arah..
mcm2 yg aku duk fikir sepanjang hari ni..
Bukan takat hari ni, tp semalam lg...
Ahhh!!!! dah banyak hari lah....

Gila ke aku?
tak lah!!!! mana ada...
"dia" yang tak betul...
dtg secara tiba2...
Dari planet mana ko nih?
Blaaahhhh lahhhh!!!!!!!

Sbb "dia" aku tak dpt sambung blaja tau!!!
Kat Australia tuh!!!
Bengong....!!!!
Sakit hati aku...

Dia kata.........................
Tapi? ada aku kisah?

Sbb "dia" aku tanamkan rasa benci dlm hati...
Bukan sikit tau!!!!
Tapi berguni-guni...
Lebih byk dari lori pasir...
Ahh!!!! lantaklah.... Dia peduli apa????

Ini bukan sajak lah wei...
Aku tension nih...
Lantak lah aku nak tulis ape pun...
Yg ko baca sapa suruh?

yang pasti aku benci DIAAAAAAA!!!!!!!!

Thursday, October 29, 2009

Sedetik Kita Berilmu.....

* Tahukah Anda? lebah yang membawa madu dimulut juga membawa sengat di ekornya.

* Lebih ramai org mati kerana terlebih makan berbanding yang kurang makan.

* Kalau nama anda Muhammad, Mohamad atau Mohd dan diikuti dengan nama lain dibelakangnya, ini bermakna anda adalah seorang lagi insan yang menggunakan nama paling popular di dunia ini. Ya! nama paling popular dan paling ramai pemiliknya di planet bumi ini bukanlah John, David Beckham, Mr Bean, Ali atau apa sahaja tetapi Muhammad!

* Jika anda makan pizza, ingat fakta ini. Restoran pizza dibuka buat pertama kalinya di Naples, Italy pada tahun 1830 dan ia masih beroperasi hingga kini.

* Org Afganistan adalah manusia pertama yang mula2 sekali memakan carrot sebagai sayuran.

* Manusia dewasa mempunyai 206 tulang!

* Purata setiap org manusia mengerdipkan mata sebanyak 15 kali seminit.

* Burung Kelicap merupakan burung yang paling kecil sekali di dunia dengan berat kurang dr 1 gram.

* Gajah adalah satu-satunya binatang yang tidak boleh melompat.

* Kucing memiliki 32 otot di kedua-dua belah telinganya dan 9 nyawa.

* Mentadak mentadu adalah satu-satunya serangga yg boleh memusingkan kepalanya 360 darjah.

* Saintis pernah mengkaji usia tahi bintang yg jatuh ke bumi. mereka terkejut apabila mendapati ada di antaranya berusia 4,600 juta tahun!

* Setelah meninggal dunia, tubuh manusia akan mengecut. inilah situasi yg mencipta ilusi seolah2 rambut & kuku mayat turut memanjang.

* 10 milimeter bersamaan 1 cm. 100 cm bersamaan dgn 1 meter. 1000 m sama dgn 1 km. Soalannya, apakah sebutan utk sejuta meter? Jawapannya 1 micron. 1 micron sama dgn apa ya? Mintak maaf lah, yg tuh sy tak belajar lg!

* Di England, speaker parlimennya tidak dibenarkan bercakap.

* Tinggi Menara kuala Lumpur adalah 421 meter manakala tinggi Menara Berkembar Petronas 452 meter.

* Tlg ingat fakta ringkas ini! Sebanyak 35 billion email dihantar setiap hari ke seluruh pelusuk dunia.

* Tempoh berlakunya gerhana matahari tidak pernah lebih drpd 7 minit 58 saat.

* Amerika Syarikat merupakan pemegang rekod negara paling ganas bahana cuacanya. Setiap tahun dianggarkan akan berlaku 10,000 ribut petir yg dasyat, 1000 tornado serta nurikan. misalnya dalam masa 24 jam pada 3 & 4 April 1974, telah berlaku 148 tornado di bahagian barat negara itu dgn meragut 309 nyawa manakala 5000 org cedera.

* Sejak bermulanya sukan olimpik moden pd tahun 1896, hanya 2 negara sahaja yg tidak pernah lepas drpd menyertai kejohanan itu setiap kali di adakan, iaitu Greece dan Australia!

* Bintang yang paling panas berwarna biru manakala paling sejuk berwarna merah.

* Sweden mencatatkan kes pembunuhan yg paling sedikit di dunia setiap tahun.

* Pulau Tsamania yg terletak di selatan Australia membekalkan air yg paling bersih di dunia.

* Org yg berkerja pd waktu malam lebih mudah menjadi gemuk berbanding yg berkerja pd waktu siang.

Tuesday, July 21, 2009

AKTIVITI KEM PLKN DE BANA

Salam Kasih Sayang & salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan di alam maya. Lama betul saya tak up date blog nie... dah berhabuk pun... Jutaan maaf pada semua... kesibukkan kerja agak membataskan pergerakkan saya untuk terus aktif...

Tapi tak pe, saya cuba luangkan masa untuk kawan-kawan ok. Kat bawah ni Lin ada tampalkan beberapa keping gambar sepanjang KUMP 2 & 3 PLKN di Kem De Bana, Jempol. Kalau yang tak tahu apa aktiviti yang kami buat sepanjang tempoh 3 bulan tu, tgk lah gambar kat bawah nie. Harap2 ada lah yang berminat nak mendaftar kan diri sebagai pelatih untuk akan datang ea.. ataupun kalau ada yang berminat nak jadi Jurulatih macam Lin ke, apa salahnya... hehe...


Pertandingan sukan Air. Kayak, Rakit & macam2 lagi lah. Masa pertandingan ni, kompeni yang Lin jaga dapat tempat juara. Best giler masa tu. Yang pasti piala dalam tangan untuk company kami.



KEmbara Halangan.... Lin jaga kat tempat nie. Ramai yang jatuh. nak-nak wirawati ( pelatih perempuan). Jurulatih yang lain dah berbuih mulut cakap, kalau termasuk dalam kolam tu, mata akan di potong, tapi terjatuh gak diorang nie. eiii.. dah lah mandi air katak.




Masa nie kami ada Program Khidmat Komuniti, tapi kali ni kami buat dalam kem jer.. Kat luar ada H1N1. Bahaya!!!





Kali ni baru dapat keluar. Suka sgt d'org. dah lah dapat jumpa adik2 tadika yang comel tuh.









Lepas ni bolehlah jadi Bomba & Polis pulak eh...


























Ok, dah habis pun. Sebenarnya banyak lg gambar dan aktiviti yang kami buat. Derma darah, persemabahan, sketsa, tawa dan air mata... makan bersama,,, byk lagi la. tapi setakat ni dulu lah eh yang Lin boleh bagi, sampai jumpa lagi. Kepada bekas2 pelatih KUmp 2 & 3, jaga diri hiasi peribadi... Cikgu Lin sayang kowrang... MUahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Thursday, July 9, 2009

THANKS TANGKAS KENDIRI

Jumpa lagi kita.. kali ni sy nak bawak semua pergi jalan2 di Kuala Kangsar Perak. Sebenarnya kami ada kursus Pembinaan Karakter selama 2 minggu di Kem PLKN Tangkas Kendiri.. Jom tgk apa yg berlaku..."


Hah, penuh barang satu kereta. Sy ngan member 2 org pakat g sama2... padahal asal lain2 tu, sorang dari Melaka, sorang dari Pahang dan sy sendiri dr N.9. tp kami jumpa di KTM Nilai. Penat sgt drive sorang2 dari Seremban Ke Kuala Kangsar. Member 2 org tu tak ada lesen, dgn hujan lebatnya... dgn sesatnya.. perghhh... tak boleh lupala...



bukan termenung.. tapi menikmati pemandangan.....




Kata org, kalau merantau kat tempat org tu, kita kena pandai ambil kesempatan untuk berjalan.. Macam2 tempat kami singgah. Mmg best lah pergi Kuala Kangsar. Bandar DiRaja kan.. Masjid Ubudiah, Istana, Muzium... tak ketinggalan kami sanggup merayau ni cari kilang pembuat LAbu Sayung. Habis beratus gak lah duit beli labu sayung... Al-maklumlah, nak bagi kenangan pada kawan2... bukannya selalu.. Penuh Bonet kereta sampai selit2 kat bawah kaki.

Ini Kak Liana dari Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Pahang.

Ini kawan baru, Kak Su nama dia.. dari Kem Nasuha Pagoh.

She is my "buddy" dari Kem PLKN Kota Tinggi, Johor. Thanks Atul!!


Ini Atan, member satu kumpulan yang paling sempoi.... dari kem PLKN Summerset Resort, Kuala Rompin Pahang dan yang sorang lagi tu Fasi kami yang byk support group kami. En Aizal ni pulak dari Kem PLKN Gambang, Kuantan Pahang.


Habis jugak akhirnya selepas bersusah payah selama 2 minggu... Bila tgk jek sijil ni, hati terasa puas.. Penat pun hilang. Lepas ni bolehlah balik Kem masing2... Bye Semua....!!!!!!!!!!!!!