KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Friday, November 28, 2008

Sukarnya Buat Keputusan

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu kekal abadi. Kau berikanlah aku petunjuk yang mana lebih terbaik untukku pilih di masa ini dan masa akan datang. Amin ya Rabbal a’alamin.

Aku berada di satu kepulauan yang sangat asing. Aku pandang alam sekeliling. Terbentang luas alam nan membiru. Aku berjalan ke hadapan, menyusuri tepian pantai. Setelah agak lama aku berjalan, aku melalui pula sebuah padang pasir, yang putih bersih. Matahari begitu terik di atas kepala. Aku berjalan lagi.

Baru ku sedar, rupanya sudah terlalu jauh aku berjalan. Namun masih belum sampai juga ke penghujung. Sedari tadi, kelibat seorang manusia pun tidak bertamu di ruang mata. Hasrat hati ingin berpatah balik. Namun aku bagai tersentak apabila terdengar satu suara berbisik.

“Jangan! Teruskan perjalanan kau. Kalau kau berpatah balik, belum tentu kau selamat,” Aku mula bingung. Lalu aku berjalan lagi. Semakin jauh dan jauh. Aku melalui pula sebuah denai yang berbulit bukau. Kelihatan sebuah sungai yang agak panjang tetapi alurnya kecil. Aku cuba minum air sungai itu. Tetapi sebaik sahaja air sungai itu di tadah ke telapak tangan, suara tadi berbisik lagi.

“Jangan minum! Air tu beracun,” Ahh! Siapa kau? Aku menjadi semakin bingung. Tekak terasa begitu dahaga. Aku cuba bangun dan ingin melangkah ke seberang sungai. Tapi gagal. Aku hampa. Hairan. Anak sungai yang hanya beberapa meter sahaja lebarnya, terasa sangat luas untuk dilangkah. Aku terasa begitu lemah. Tiada siapa yang dapat membantu di kala itu. Tiba-tiba datang satu tangan menghulurkan bantuan. Aku mencapai tangan itu dan akhirnya berjaya untuk menyeberangi sungai tersebut. Hanya sebelah tangan. Tanpa rupa dan wajah untuk aku mengenalinya.. tangan siapa tu? Yang sudi membawa aku keluar dari lembah itu.

"Astagfirullahal’azim... aku bermimpi rupanya,” cepat-cepat aku meraup seluruh muka dengan tapak tangan. Apalah makna mimpi aku ni. Aku bertanya sendiri. Sekilas aku melihat jam di skrin handphone. Tepat pukul 3.00 pagi.

Sy mendapat mimpi ni selepas buat solat istikharah. Sampai sekarang hati sy tak keruan. Mcm2 yg sy fikir.

1 minggu sebelum tu.
Hati sy hancur. Tak ada air mata yg keluar, cuma rasa terkilan yg berpanjangan. Dia menyepi tanpa khabar berita. Sy tahu, dia terpaksa. Entah dimana silapnya hubungan kami tak direstui, alasannya family dia malu dgn keluarga kami. Sy tarik nafas dalam-dalam, tak tahu hendak kata apa. Sejujurnya saya tak pernah nak meletakkan syarat untuk berkawan dgn sesiapa, cukuplah hati sy terbuka. Sy tak minta langsung untuk dia sediakan sebuah jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang apatah lg untuk dia sediakan tujuh dulang hati nyamuk dan semangkuk darah anak raja sebagai hantaran. Siapalah saya ni. Saya ni bukannya anak puteri raja yang turun dari kayangan..

Tak pe, sy cuba belajar untuk terima semua nie. Berkali2 sy pujuk diri. Tp adakalanya sy tewas jugak.. Sy akur, sy tak nak dia jd anak derhaka disebabkan sy. Apalah sgt sy mengenalinya hanya setahun dua kalau dibandingkan dgn mak sendiri yg menjaganya lebih 25 tahun.

Hampir 2 tahun yg lalu...
Org yg berlainan, pilihan family. Kehadiran dia dlm hidup sy benar2 mencabar kesabaran. Sikit pun saya tak boleh pandang muka dia. Hati sakit, jiwa sakit.. semua sakit. Berkali2 sy berdoa semoga tuhan lembutkan dan bukakan pintu hati sy, tp sy betul2 tak mampu. Semakin lama kebencian tu semakin menggunung.. ada sikap dia membuatkan sy tak boleh terima, dia manusia hipokrit! tak perlulah sy nyatakan di sini kenapa sy membencinya. Tp bukan di mata family, Family sy memandangnya perfect! Seolah2 dialah malaikat...

Dipendekkan cerita, sy tolak pinangan dia. Terlalu byk perkara berlaku bila org lain masuk campur. 100% kesalahan di bahu sy! Sampai bengkak mata lin menangis.. sy tahu sy bersalah. Sy dah byk ketukkan paku di hati org2 sekeliling sy.. terutama mak..

Lebih setahun hati sy terseksa, sbb terpaksa berpura-pura. Sy sygkan family sy... tp dlm masa yg sama betul2 tak boleh terima dia.. tp harapan mak ayah tak boleh diketepikan. Hati sy pedih, dah sehabis daya sy cuba pasrah! Sy selalu berdoa, tunjukkan siapa diri dia yg sebenar. Kalau betul sudah tertulis di azali dia jodoh sy, bukakan pintu hati sy utk terima dia. Tak putus solat istikharah dan hajat sy pd yg maha Esa. Alhamdulillah, sy nampak jln... sedikit demi sedikit hubungan tu renggang dgn sendiri. Family pun tidak pernah menyebutnya lg..

Tahun 2008, masing-masing buka lembaran baru. Tutup terus tahun 2007 yg menyakitkan. Tp selepas berlakunye perkara nih, hati sy dirantai kebimbangan yg tak bertepi. Setiap kali melihat wajah mak & abah, hati sy rawan. Tak pernah sy menangis depan mak & abah. Di hadapan mereka, sy selalu kelihatan tabah... selalu tersenyum.

Sy tahu, mereka terlalu risaukan sy.. acapkali sy terkedu bila dgr ayat tuh.. Sampai sekarang terniang-ngiang lg.. Sy tahu, mak dan abah masih lg dibayangi dgn kenangan semalam. Mereka masih lg mengharapkan "dia" yg pernah sy tolak lamarannya satu ketika dahulu.

Apalagi yg harus sy lakukan.. sy perlukan kekuatan. Cinta tak boleh dipaksa! Apa yg harus sy buat supaya tak menyesal kemudian hari?
Ini soal hati dan perasaan, soal masa depan!

P/S > Jutaan maaf! sepanjang berblog tak pernah lg sy post cerita sebegini, tp hari nih sy langgar... Sy harap akan temui jln keluar dgn pendapat anda... Terima kasih segalanya!

22 comments:

Unknown said...

kenapa susah sangat nak buat keputusan : masa di PLKN ada di ajar teknik membuat keputusan agar tidak GERAMJI di hujung nya.......saya mesti pilih A..kalau tidak A akan B.Kalau B akan C dan seterusnya....akhirnya saya memilih A....perkataan MEMILIH yg akan mengurai perkataan MESTI......

mrblind said...

bab-bab ni gua memang lemah..lu minta doa banyak-banyak dengan tuhan..insya allah selamat..

nurdaniella said...

dalam maksud mimpi tu.. mungkin Allah nak bagitau, jalan untuk lin masih panjang lagi sebelum bertemu dengan orang yang benar2 sesuai.. mungkin kerana itu Allah tidak tunjukkan mukanya kerana dia belum hadir dalam hidup lin.. yang dah lepas tu biarlah lepas.. kalau mak dan ayah masih ungkit tentang hal tu, lin bagitau la yang lin dah buat solat istikharah dan Allah dah beri lin petunjukNya.. dia bukanlah calonnya.. apa-apapun akak harap lin banyak2 bersabar.. alam perkahwinan ini amat mencabar.. jangan hanya kerana nak memenuhi impian mak dan ayah, lin pakai tangkap muat jer.. kalau dah nampak kelemahan yang tidak boleh diterima, untuk apa diteruskan lagi?? biarlah putus sebelum ada ikatan daripada bergelar janda di satu hari nanti.. contohnya macam akak ni la..

Anonymous said...

Saya pernah alami perkara yg sama. Secara jujur, terlalu bnyak pinangan yg saya tolak. Mak dan ayah cukup risau. Macamana saya nak terima, kalau saya tidak mengenali mereka. Mereka datang dan pergi begitu sahaja. Ada yg kenal beberapa hari, dah masuk meminang. Pelikkan.Patutnya mereka kenali hati budi saya dulu. Saya bukan memilih, tetapi saya tidak jumpa yg benar-benar melekat kat hati.Dan ketika itu saya terlalu memikirkan tentang kerja.(masa tu saya menjadi setiausaha di sebuah pejabat penyiaran)

Dipendekkan cerita, ayah saya meninggal. Dia telah mengamanahkan pada emak saya supaya kahwinkan saya serentak dengan adik saya yang ketika itu di alam pertunangan. Ketika itulah saya berjumpa seseorg. Saya kenal tak lama, cuma 4 bln. Yg peliknya lagi, boleh pulak pintu hati saya terbuka untuk dia.

Kini saya bahagia....

Pada Lin, tabahkan hati. Ada jodoh untuk awak. Cuma masanya mungkin belum tiba. Kalau tak menjadi, mungkin tuhan nak pertemukan awak yg lebih baik dari itu...

Sulamankasihabadi said...

lin...ujie pon penah mngalami peristiwa2 mcm tu.dugaan ye lebih besar lg.tabah kan hati.igat ape2 pon restu mak ayah penting.dekatkan diri dgn ALLAH.semoga lin diberikan petunjuk n jodoh yang sesuai untuk lin.lin kena buat mak n ayah lin macam kwn lin.duduk berbicang dgn setiap masalah lin.setidak-tidak nya kurang bebanan dhati.seorang emak akan memahami ape2 masalah anakye dan jgn terlalu myimpan.tkt memakan diri sendiri...

Kapten Luffy said...

Syukurlah... mungkin mimpi itu satu petanda bahawa dia yg dinanti itu ada.

Unknown said...

cgu jinggo semula : tadi baca tajuk aja....ginilah lin - kita kadang2 terperangkap dengan satu istilah yg kita sukar nak buat keputusan berdasarkan siapa kita - melayu.islam dan perempuan.itu rongga dan rangkanya...

Sebab diantara kita dan dia ada orang lain yg juga membuat keputusan.dan mereka juga sukar untuk membuat keputusan.

Yang berlaku telah pun berlaku - diharap lin ambil tauladan yg cukup besar daripada cerita cgu.kami tidak memilih untuk jadi hidup bersama - akhirnya bersama.dihujungnya...untuk itu : lin - bersangka baik dengan semua orang.bersangka baik dengan semua keadaan...keadaan tidak boleh berubah tetapi situasi boleh berubah...Jadilah orang yg tidak disalah dan menyalahi.

Harapan cgu - lin jangan ' celakakan ' diri : ramai orang kiri kanan yang tidak mahu lin disalah dan menyalahi...

azlin hashim said...

Cikgu Jinggo > Terima kasih cikgu dan semua kerana bg pandangan yg cukup besar ertinya buat lin. Sedikit sebanyak membantu lin dlm mencari keputusan.

Sejujurnya, Lin tak pernah letakkan diri sebagai insan yg malang. Lin anggap semua ini dugaan hidup. Lin tak pernah menyesali dgn takdir yg tertulis. Tapi lin lebih risaukan perasaan dan harapan org sekeliling yg terlalu tinggi.

Betul apa yg cikgu cakap, bersangka baik dgn org... Lin selalu berdoa, bersihkanlah hati Lin dr noda hitam, dr hasad dengki dan iri hati. Tp bila berhadapan dgn dia, mcm ada tembok besar yg jd penghalang.

Puas dah beriktiar cikgu..

erisya nor said...

Lin, akak setuju 100 % ngan nurdaniella...akak pun pernah alami camtuh (mungkin separuh wanita mesia alami perkara tuh :) )...kita tak boleh nak bohongi persaan dan hati kita walau ianya menyedihkan keluarga. Teruskan istikharah. tak semestinya dapat mimpi dengan jelas macam kes akak dalam blog akak tuh. sebagai contoh: Lin istikharah. malam tuh mimpi ada org hadiahkan coklat. kebetulan Lin memang suka coklat. Maknanya Allah dah beri jawapan positif pada pertanyaan Lin lewat istikharah. Begitulah sebaliknya...jangan lagi pikirkan masalah perasaan orang lain. Pilihan Allah yang terbaik! Bila jumpa calon lain, istikharah lagi...! jangan terburu buat keputusan tanpa bertanya pada Allah yang lebih mengetahui apa yg berlaku pada masa depan. Mak ayah tertekan denan persekitaran...maklum, anak dara tak lepas lagi!akak pun dulu selalu kena sindir ngan sanak sedara bila menolak 3 lamaran dari mereka...kata memilih lah dsbnya...tapi akak buat pekak jer..sengih jer bila dengar diorang sindir di rumah kenduri!
tak perlu kita jawab apa-apa!

oh ya...nanti baca komen akak kat n3 baru cikgu jinggo. kalau nak, emel akak dan beri add Lin :) Mungkin boleh bantu Lin buat keputusan ;)

azlin hashim said...

Terima kasih byk kak Erisya. Terima kasih semua sbb memahami keadaan Lin, kalau ditanya apa perasaan Lin skrg, mmg tak terkata dah..

ni ym lin aline_aries
email > aline_aries@yahoo.com

erisya nor said...

thanks Lin. sekarang di ofis, tak leh nak antar emel atau YM. malam ni akak ke PP esok baru balik. nanti baru kita berYM ..tapi bukan waktu pejabat lah...
emel akak: erisya0501@gmail.com

nanti akak add Lin kat YM nanti. see you....:)

Tie said...

Hm...baru kak tie faham. memang kak tie ni tak pernah alami peristiwa begitu, jadi memang tak layak nak beri komen.

Namun, Kak tie harap lin tetap tabah, mungkin boleh berbicara soal hati dgn mak, atau sesiapa yang rapat. Kekadang bila dapat diluahkan duka di hati, sedikit sebanyak dapat meredakan jiwa yang sendu...

Anonymous said...

halamak, panjangnya komen sorang2, 2 senario berbeza - parent lihat dari sudut future security dan wellness, bagi mereka yg 'CHINTA' akan hadir selepas kahwin, generasi muda lihat dari perspektif yg berbeda, Kebahagiaan akan hadir sekiranya ada 'CHINTA' antara dua pihak.
parent buat cadangan berdasarkan pengalaman hidup yg dilalui sendiri, generasi muda pula buat andaian berdasarkan cerita2, bacaan buku, talibisen dsb.
Namun matlamat dan objektifnya tetap sama, mencapai keselesaan hakiki dengan mendapat pasangan hidup yg paling sesuai.
Namun demikian sudah sekian banyak cerita dan kes2 yg berakhir dengan kemusnahan istana yg dibina, sama ada melalui pilihan parent atau atas dasar 'CHINTA'.
Walau apapun keputusan yg diambil oleh kamu, itulah keputusan terbaik pada masa itu, dan perlu percaya kepada ketentuan Allah S.W.T kerna Dia lah sebenarnya penentu jodoh kamu...err macam Dr. Love la pulak

Mardihah said...

erm.....

alamaks ai.erm...
dalam satu surah al-baqarah: apa yang kita benci sebenarnya disayangi oleh Allah dan apa yng kita sayang sebenarnya dibenci olehNya.

Terkadang adakah kita menutup pintu hati sendiri atau kita tidak pernah mencuba? atau adakah kita seringkali menggapai sesuatu kepuasan maksimum untuk diri sendiri. cth : kita kepinginkan seorang lelaki sebab dia begini dan begini. tetapi lelaki di depan mata bukan begini dan tidak memenuhi citarasa. Kita pinggirkan dia atau sebaliknya? manusia serba serbi tidak sempurna. carilah keintiman berdasarkan islam mengajar...insyaAllah...

buat yg terbaik ya sahabat!

Mak Su said...

tak pasti nak cakap apa, mgkn kena jauhkan diri sekejap dari suasana/keadaan/orang yang banyak tanya tu... tenangkan diri, dan nantikan khabar seterusnya dari Dia, Yang Mengatur segala.

ezzati said...

Azlin...cinta sy pon x d restui org tua dia...waaaaaaaaa...
sabar2...jodoh awk ada..mungkin dia x muncul skrg..awk kena sabar tggu k...

AL-BIMA SAKTI said...

soal hati dan perasaan kita, hanya kita yg tahu. dan semua orang inginkan yg terbaik utknya.jadi cubalah sedaya termampu untuk memiliki yg terbaik itu.
fikirkan yg utama, perasaan sendiri, kerana kita yg lebih tahu apa yg 'terbaik' untk kita. namun buah fikiran org berdekatan juga tidak seharusnya diketepikan demi perseimbangan idea.
namun manusia sekadar merancang. Allah yg menentukan.

semoga tercipta apa yg dicita. insya-Allah.

cIk pEnNa said...

azlin,
membuat pilihan memang sukar..
tp percaya lah..
setiap apa yg berlaku..
ada hikmahnya..

kuatkan ati tuk membuat keputusan..
kite telah berserah pd Tuhan..
Dia lebih mengetahui segalanya daripada kita..

sy sendiri,bukan lah menantu pilihan mak dia..
tp sy akan cube,buktikan..
sy mampu menawan ati mak dia..
restu keluarga tuh teramat-amat pentim..

Anonymous said...

SALAM UKHUWAH BUAT ADIKKU LIN...

(RENUNGI SEDLMNYA..UTK DIRIKU JUA)
Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?
Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.



" jika doa mu di makbulkan, tandanya Allah menyayangi mu. jika doa mu lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin menguji mu, dan jika doa mu tidak dimakbulkan, Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk mu"

::BERSABAR...KUNCI UTAMA:::

azlin hashim said...

Berjuta2 terima kasih kepada semua yg telah beri lin pandangan & nasihat yg sgt berguna utk Lin ikut.

Berulang kali lin baca setiap komen dan berulang kali juga Lin fikirkan kesan pd setiap keputusan yg Lin Buat,

Insya Allah doakan lin menemui jln penyelesaian. Terima kasih buat kalian, hanya tuhan sahaja yg dpt membalasnya. Amin..)

Unknown said...

wah.... mengikut firasat aku, kau kene pergi bercuti di pulau tioman..... harg harg harg harg

Allah maha pencipta dan maha berilmu, maka Dia menciptakan kita cukup sempurna dan mampu memilih apa yang terbaik untuk diri kita.....

;-)

Unknown said...

Salam dari uncle Lin.

Maafkan uncle kerana agak terlambat. Mimpi Lin memaparkan segala-galanya. Lin akan tempuh perjalanan yang sukar dan panjang tetapi jangan risau Lin akan diselamatkan oleh seorang insan yang kini memang masih misteri bagi Lin tapi tidak bagi Allah.

Keperitan yang Lin tempuhi adalah cabaran dari keadaan dan persekitaran sekarang. Layanan ibubapa, menyalahkan diri sendiri dan sulit untuk buat keputusan.

Jalan keluarnya hanyalah berpandangan positif. Positif pada diri dan keputusan kita, positif dengan sikap keluarga kita (anggaplah kebimbangan mereka sebagai motivasi untuk mencari calon yang terbaik bagi kita), positif dengan masa hadapan kita dan yang penting yakin yang Allah adalah penunjuk jalan yang sempurna.

Sembahyang hajat, beristikharah dan serahkan segala urusan dunia dan akhirat kepadanya. Jangan salahkan diri sendiri dan orang lain. Perjalanan hidup kita adalah selaras dengan ketentuan kita. Tidak ada siapa yang boleh engkar.