KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Tuesday, July 21, 2009

AKTIVITI KEM PLKN DE BANA

Salam Kasih Sayang & salam Ramadhan untuk semua rakan-rakan di alam maya. Lama betul saya tak up date blog nie... dah berhabuk pun... Jutaan maaf pada semua... kesibukkan kerja agak membataskan pergerakkan saya untuk terus aktif...

Tapi tak pe, saya cuba luangkan masa untuk kawan-kawan ok. Kat bawah ni Lin ada tampalkan beberapa keping gambar sepanjang KUMP 2 & 3 PLKN di Kem De Bana, Jempol. Kalau yang tak tahu apa aktiviti yang kami buat sepanjang tempoh 3 bulan tu, tgk lah gambar kat bawah nie. Harap2 ada lah yang berminat nak mendaftar kan diri sebagai pelatih untuk akan datang ea.. ataupun kalau ada yang berminat nak jadi Jurulatih macam Lin ke, apa salahnya... hehe...


Pertandingan sukan Air. Kayak, Rakit & macam2 lagi lah. Masa pertandingan ni, kompeni yang Lin jaga dapat tempat juara. Best giler masa tu. Yang pasti piala dalam tangan untuk company kami.



KEmbara Halangan.... Lin jaga kat tempat nie. Ramai yang jatuh. nak-nak wirawati ( pelatih perempuan). Jurulatih yang lain dah berbuih mulut cakap, kalau termasuk dalam kolam tu, mata akan di potong, tapi terjatuh gak diorang nie. eiii.. dah lah mandi air katak.




Masa nie kami ada Program Khidmat Komuniti, tapi kali ni kami buat dalam kem jer.. Kat luar ada H1N1. Bahaya!!!





Kali ni baru dapat keluar. Suka sgt d'org. dah lah dapat jumpa adik2 tadika yang comel tuh.









Lepas ni bolehlah jadi Bomba & Polis pulak eh...


























Ok, dah habis pun. Sebenarnya banyak lg gambar dan aktiviti yang kami buat. Derma darah, persemabahan, sketsa, tawa dan air mata... makan bersama,,, byk lagi la. tapi setakat ni dulu lah eh yang Lin boleh bagi, sampai jumpa lagi. Kepada bekas2 pelatih KUmp 2 & 3, jaga diri hiasi peribadi... Cikgu Lin sayang kowrang... MUahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Thursday, July 9, 2009

THANKS TANGKAS KENDIRI

Jumpa lagi kita.. kali ni sy nak bawak semua pergi jalan2 di Kuala Kangsar Perak. Sebenarnya kami ada kursus Pembinaan Karakter selama 2 minggu di Kem PLKN Tangkas Kendiri.. Jom tgk apa yg berlaku..."


Hah, penuh barang satu kereta. Sy ngan member 2 org pakat g sama2... padahal asal lain2 tu, sorang dari Melaka, sorang dari Pahang dan sy sendiri dr N.9. tp kami jumpa di KTM Nilai. Penat sgt drive sorang2 dari Seremban Ke Kuala Kangsar. Member 2 org tu tak ada lesen, dgn hujan lebatnya... dgn sesatnya.. perghhh... tak boleh lupala...



bukan termenung.. tapi menikmati pemandangan.....




Kata org, kalau merantau kat tempat org tu, kita kena pandai ambil kesempatan untuk berjalan.. Macam2 tempat kami singgah. Mmg best lah pergi Kuala Kangsar. Bandar DiRaja kan.. Masjid Ubudiah, Istana, Muzium... tak ketinggalan kami sanggup merayau ni cari kilang pembuat LAbu Sayung. Habis beratus gak lah duit beli labu sayung... Al-maklumlah, nak bagi kenangan pada kawan2... bukannya selalu.. Penuh Bonet kereta sampai selit2 kat bawah kaki.

Ini Kak Liana dari Kem PLKN Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Pahang.

Ini kawan baru, Kak Su nama dia.. dari Kem Nasuha Pagoh.

She is my "buddy" dari Kem PLKN Kota Tinggi, Johor. Thanks Atul!!


Ini Atan, member satu kumpulan yang paling sempoi.... dari kem PLKN Summerset Resort, Kuala Rompin Pahang dan yang sorang lagi tu Fasi kami yang byk support group kami. En Aizal ni pulak dari Kem PLKN Gambang, Kuantan Pahang.


Habis jugak akhirnya selepas bersusah payah selama 2 minggu... Bila tgk jek sijil ni, hati terasa puas.. Penat pun hilang. Lepas ni bolehlah balik Kem masing2... Bye Semua....!!!!!!!!!!!!!

Friday, June 19, 2009

KURSUS TOT KENEGARAAN PLKN

Hai... jumpa lagi semua.. pertama kali lin nak mohon jutaan maaf kepada kawan2 yang sama-sama pergi kursus TOT Kenegeraan Jurulatih di kem PLKN Sri Impian Sg Bakap, Pulau Pinang sebab betul-betul mengambil masa yang lama untuk up date blog...

Sebenarnya kursus ni kami pergi awal bulan 5 hari tu selama 12 hari. macam - macam yang kami buat. Dari tak kenal langsung sampailah timbul rasa sayang sebagai kawan. Semua org yang terlibat dalam kursus nie memang sporting terutama sekali team lin sendiri. Nama group kami Tun Mahathir @ KN 16. Kami semua Jurulatih PLKN Multiskill.

Kepada kump KN 16 yg tgk blog lin nie, thanks kat kowrang. kowrang mmg best.. Rindu giler kat kowrang, semoga persahabtan kita berkekalan... amin.. ada masa lin up date pulak gmbr masa lin g kursus kat kuala kangsar kkk...... take care sume..... bye.........













Thursday, June 4, 2009

PLKN dah nak Habis.....

Salam semua.... pertama kali jutaan maaf Lin pinta kepada semua sbb dah lama sgt tak up date blog... busy manjang... Lin sekarang dh jadi Jurulatih PLKN. Kat Kem De Bana Jempol, Negeri Sembilan. Ok lah, tak boleh lama nie, tgk lah gmbr kat bawah ni eh. mana yg sempat lin up date..

lawan futsal


nantilah... ada masa lin up dte lagi blog.. gmbr pelatih lak... bye semua... syg sume... muahhhhh!!!!!!!!!


Tuesday, February 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Ujie

> Petang 14 February yang lepas sy balik ke kampung kat Bahau utk dtg ke majlis kawan baik sy masa sekolah dulu.. UjiE...

> Biarpun sibuk tapi sy tetap akan cuba luangkan masa walaupun sekejap utk tgk dia bersanding, almaklumlah bila lg kan? lagipun UjiE... dah bg kad kahwin dia dr tahun lepas lg, punyalah mengharapkan kawan2 dia dtg..

> Kalau ikutkan dr apa yg UjiE... cakap, dia invite semua rakan2 maya dalam blog dia, tapi atas masalah2 lain ada yang tak dpt hadir... Mmg kecewa, sebenarnya dalam masa yang sama saya sgt mengharapkan kak ~ SRi SuFi ~ & Cikgu Jinggo dtg, tp apa nak buat, mungkin lain masa kita jumpa k... Apapun, majlis Ujie tetap meriah....!!!!!

> Kepada Ujie & suaminya, SELAMAT PENGANTIN BARU semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana masih ingat lg kami semua kawan2 lama & secara tak langsung majlis ujie juga mengeratkan kembali ikatan persahabatan antara kami semua yang telah lama terputus hubungan.















Wednesday, February 4, 2009

TARAAAA!!!!!!!!

SAPA NAK IKUT SAYA, ANGKAT TANGAN......

JOM KAWAN2.....!!!!!!!!!!!!!! DAAAAAAA...........

Sunday, December 28, 2008

Fakta Menarik Tentang Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

15) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya......

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri...

26) Boleh kah anda menandingi haiwan-haiwan tersebut? Kalau boleh, sila hubungi saya sekarang jugak!!!!!!!


Sunday, December 21, 2008

Singgah Sekejap Jek Nih...

Assalammualaikum semua... Ya Ampun.... rindunya nak berblog.. Terima kasih byk2 kepada semua rakan maya Lin yg tak putus singgah dan bertanya khabar lin... Jgn risau lin ok, bukan sengaja nak menghilangkan diri tapi buat masa ni lin nak mencari ilham jap.. nnt bila line dah clear kita jumpa lg naaa..... take care semua... BYE!!!!!!!!!!!

Thursday, December 4, 2008

Bijak Pandai Mengatakan......

Salam Semua!!! Cuti beberapa hari nih sy byk menghabiskan dgn membaca. Di sini sy petik semula kata2 yg bg sy cukup berguna!


~~> Hargailah hari ini kerana hari esok belum tentu milik kita sedangkan hari semalam telah pergi buat selamanya...

~~> Sifat manusia adalah tidak dapat menerima kenyataan terlalu banyak!

~~> Tuhan memberi kita satu lidah tetapi 2 telinga supaya kita akan 2 kali lebih byk mendengar dari berbicara.

~~> Tidak ada waktu yang sia-sia sekiranya anda menggunakan pengalaman lalu dgn bijaksana.

~~> Buku dikatakan baik apabila dibuka dgn pengharapan dan di tutup dgn pengetahuan dan faedah!

~~> Politik sama sahaja dimana-mana. Mereka menjanjikan sebuah jambatan meskipun di tempat itu tiada sungai..

~~> Orang yg boleh menerima nasihat kadang-kadang lebih unggul drpd yang memberi nasihat.

~~> Lebih baik tidak berkata apa-apa drpd berkata tanpa tujuan.

~~> Manusia tidak dipimpin oleh akalnya melainkan oleh perwatakkannya.

~~> Anda akan dibohongi jika anda terlalu yakin tetapi anda akan hidup terseksa jika anda selalu hidup dalam keadaan tidak percaya!

~~> Berbicara terlalu banyak biasanya diikuti dengan berfikir terlalu sedikit.

~~> Seseorang dinilai drpd tindakannya bukan drpd kata-katanya.

~~> Tuhan telah menghadiahkan kepada kita masa yg singkat di bumi ini, namun pada masa yg singkat inilah tergantung keabadian!

~~> Alangkah baiknya jika seseorang digerakkan oleh alasan yang berdasarkan logik, tetapi ternyata motif manusia digerakkan oleh emosi dan perasaan belaka.

~~> Kalau anda ingin menasihati seseorang pastikan ianya PENDEK! kerana ia diukur drpd segi isi dalamnya, bukan panjangnya. Ini kerana, khutbah yg panjang pasti akan membangkitkan kemarahan org yg mendengar.

~~> Lumrah! Kita kurang yakin dgn apa yg kita dengar berbanding perkara yg kita lihat.

~~> Jangan percaya pada apa yang dikatakan sehinggalah anda betul2 sudah pertimbangkan apa yang tidak dikatakannya dgn teliti.