KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Sunday, December 28, 2008

Fakta Menarik Tentang Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam sementara seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.

11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung. Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun dan belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna manakala rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

15) Telur unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.

17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut dan Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air manakala Buaya pula tidak boleh mengundur.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Walaupun manusia adalah makhluk terhebat di alam maya, Namun dalam beberapa aspek, kita tidak berupaya menandingi haiwan ini, misalnya......

~~ Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

~~ Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam. Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.

~~ Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri...

26) Boleh kah anda menandingi haiwan-haiwan tersebut? Kalau boleh, sila hubungi saya sekarang jugak!!!!!!!


19 comments:

mrblind said...

ni lu rembat mana pulak ni..mastika lagi ke..lu kan duta mastika..haha..

SRISUFI said...

salam hijrah adikku lin

lama bebenor sonyap nyer...
baguih fakta2 tu..nanti nak cek lintah bulan hidung 4 tu....

naz ilyn said...

salam... maal hijrah

oooo gitu ek... nak tau tak otak burung unta lebih kecil dari matanya... hihihi

Kapten Luffy said...

patutler semut tu slim

Cetusan said...

lepas ni Azlin taip apa yang U ada, org lain tak boleh tandingi hheee

Tie said...

Huh! Apa agaknya sebab nyamuk betina tu panjang nyawa dari yang jantan?? Hisap darah orang kot!! He he..

Anonymous said...

fakta yg menarik...

Sulamankasihabadi said...

wa...lin dah jadik doktor haiwan lak ek..cari ilham kat zoo ek..he3

en_me said...

gitewww yerrr.. salam maal hijrahhh akak azlin ittewww

nurdaniella said...

hai lin.. fakta yang no 15 tu, telur unta ke telur burung unta??

Mak Su said...

hebat ek.... kebesaran Allah :)

erisya nor said...

Subhanallah...sungguh sempurna ciptaan Allah!

Unknown said...

Lin,

Terima kasih. Maklumat yang baik. Itulah dia salah satu dari petunjuk kebesaran Allah yang Maha Agung.

Salamat Tahun Baru.

anntaj said...

lin,
saya suka yang bab tiram tu...
mcm tak percaya..
:)
hapy new year

en_me said...

binatang betol.. ekeke

Anonymous said...

gud facts...dari mastika ke..??

noorlara said...

hahahahha seronok le plak mendapat tahu fakta mengenai binatang tu, ilmu pengetahuan yg bukan mudah didapat, org jenuh mengkaji kita dapat percuma, terima kasih cik hadek

Dearie Pearls said...

Salam Singgah..
Tiram oh Tiram..

alif-mikail said...

ni confirm tgk ASTRO agaggaa