KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Thursday, October 30, 2008

Aku Rindu Kem Chamang...

Mlm td tepat jam 2.00 pg aku terbangun dr tidur... Ada meseg masuk, dr Cikgu Rahim ( KJ).. mula2 aku pelik gak, ye lah kul 2 pagi, tak tidur ke cikgu nih? aku baca gak lah msg dia, meseg tu tulis cam ni.. "Chamang telah menganugerahi ramai sahabat yg sejati pd ku.. & di pg yg hening ini aku panjatkan doa padamu ya Rabbi, bahagiakanlah mereka walau dimana sekalipun mereka berada. Amin!" hati aku btl2 tersentuh.. lepas tu lgsung tak blh tidur. Ya! aku rindukan kem Chamang!


2 hari lepas aku ke Kem Karisma, saja singgah nak melawat kem
org.. Operator kem kat situ offer aku keje sbgai kerani dia, aku senyum jek... hati aku tetap di kem Chamang.

Chamang menjerit!!! nantikan daku di pintu pagar!!!!!

Wednesday, October 29, 2008

Kisah Si Aina Ariesya

Malam td kan, kami sekeluarga sempatlah turun ke Segamat, saja jek nak berjalan umah pak cik... Paling aku suka g umah dia nie sbb dpt jumpa anak2 dia yg comel.. mmg comel, geram tgk... tak caya tgk gmbr yg ada kat belah bawah ni ( Amar Adib dlm magazine) debab giler... anak pak cik aku 4 org, setiap kali dtg setiap kali tulah d'org berlari kat aku... Dipendekkan cerita, anak dia yg no 2, Aina Ariesya 4 tahun ( yg duk dpn tu) sampai skrg dia ni tak faham lg... bkn tak fhm pasal apa, cuma masa lahirkan Adik Amar ni, berkali2 dia tanya ibu dia... napa adik dia ada 2 org, napa adik kakak ada 3? skrg nih dia duk tanya aku pulak... HUh! seksa aku nak menjawab... dah mmg lah, kakak tu anak no 1, Aina no 2, sbb tu lah adik aina lebih sikit dr kakak... bila aku jwb mcm tu dia senyum..Nnt bila dah lama sikit, dia tanya lg... Alahai... mintak tlg lah kat kowrang, mcm mana ayat yg paling sesuai aku nak bg tau nih, dlm bahasa kanak2 nih...

Perbezaan Antara Lelaki & Perempuan...

LELAKI
1. Waktu rehat, terus jalan ke tempat makan.
2. Sampai kedai makan, masuk.
3. Ambil pinggan.
4. Senduk nasi.
5. Letak lauk.
6. Ke kaunter.. bayar nasi dan air sekali.
7. Makan
8. Habis.
9. Balik Office
10. Pergi surau.


PEREMPUAN
1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan.
2. Perhatikan org waktu jln, usha dulu apa yg d'org pakai.
3. Sempat lg mengumpat org tu w/pun tak kenal.
4. Sambil jln betulkan tudung, tgk baju sendiri.. tgk kaki.
5. Tgk baju org lain.. Especially yg cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk2 lauk dulu.
7. Ramai org, cari kedai lain.
8. jalan lagi.
9. Dah puas hati masuk.
10. Survey lauk dulu 2,3 minit.
11. Cari pinggan, ambil pinggan.
12. Belek2 pinggan, alamak tak bersih! eeiii...tukar pinggan.
13. Dah puas hati, ambil nasi.
14. Ceduk nasi sikit-sikit.
15. Buang balik nasi, banyak sgt.
16. Tak puas hati, byk lg nih. buang lg tinggal sejemput.
17. Godek2 sikit nasi dlm pinggan.
18. Cari lauk. Survey keliling meja. tgk sana, tgk sini..
19. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit.
20. Jengok bekas lauk lain, cedok kuah sikit lg.
21. Jengok lg, sambil tu tgk2 org, jeling-jeling..
22. Ambil lauk.
23. Pusing lg.
24. Cari sayur pulak!
25. Ambil sayur, tu pun lepas survey keliling meja selama 2 minit.
26. Ke kaunter bayaran.
27. Tgk nasi dlm pinggan.
28. Berbisik dgn kwn "Alamak byklah aku ambik."
29. Sampai dpn kaunter tanya berapa?
30. Bukak dompet, belek2 celah kad bank, celah kad2 nama, celah gmbr2...
31. Keluarkan duit..bayar!
32. Buat isyarat mata ngan member sebelah ( sbb nasi mahal)
33. Tutup dompet, ambik nasi. blah!
34. Tinjau2 tmpat duduk.. ramainya org. ( merungut....)
35. Jumpa tmpt duduk, alamak kotor lah!
36. Cari tmpt duduk lain.
37. Jumpa. duduk.
38. Alamak! air tak oder lg.
39. tinjau2, cari org order air, sambil2 tuh betulkan tudung...
40. Order air, bangun..
41. Ambil sudu duduk balik.
42. Bangun, ambik tisu pulak.. duduk!
43. Air sampai, bukak dompet.. bayar!
44. Minum air sikit..
45. Mula mkn.
46. Tgk2 org sambil mkn.
47. Makan separuh... kenyang.
48. Letak sudu..letak garfu, pinggan tolak tepi.
49. Borak2 kata makanan tak sedap.
50. Ngumpat Boss & kwn2 sepejabat yg tak berkenan..
51. Pukul 2.00 naik Office...
52. Ambil beg mekap, pergi surau!!!!

Saturday, October 25, 2008

Romantiknya... Comelnya...

"Siapa bilang kucing betina tak menawan... tak menarik hati tiada memikat... Kalaulah mmg tak mungkin aku tertarik, kalo lah sungguh tak mungkin aku kan jatuh... WOooooooooooo!!!!!!!! MEowwwww!!!!






Makwe: Kanda, andai kata dinda menjadi bintang...
Pakwe: Kanda kan jadi Ultramannya..
Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: Oh gitu... kalau dinda jadi bunga?
Pakwe: Kanda jadi tukang kebunnya..
Makwe: Kenapa bukan kumbang?
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu.. sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya kanda dinda nie... begitu pandai berkata-kata....
Kanda : Dinda, di saksikan bulan purnama...kanda akan tetap merindui dinda.. percayalah sayang!
Dinda : Apa buktinya kanda?
Kanda : OIC... Dinda mau bukti ya? tunggu ya dinda...



( Si kucing jantan dgn muka poyo & mata julingnya menjeling2 ke arah si kucing betina...) Masa ni cam malu-malu kucing lg... Eleh! nyampah aku tgk.. malu tapi mahu konon... nih lah dia persis jantan!



Dinda : napa nih kanda... dinda malu lah!

Aik! lebih nampak... ni kalo jd apa2 nih, sapa yg nak bertanggung jawab nih? ar Lu PK ar sendiri apa kesudahannya!




HAh? wat mende tuh? sekali kena sergah ngan JAIS, hah terkejut badak si Romeo & Juliet nih!!!!






Hai... beginilah nasib diri ku yg malang.... lepas kena tangkap tuh, kucing 2 ekor nih diperintahkan supaya bernikah jek.. habis citer... yeye... boleh kawin!!! pelamin anganku masih belum musnah... Aku akan tetap menanti mu di mahligai bahagia... Juliet...!!!!!! nnt kan daku di pintu syurga... uWAhhhhhhhhh...!!!!!!!!!! kanda mau anak 14 ekor dinda...

Maafkan Daku...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apa paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan kelukaan di hati kawan2 / anda semua. Manusia tidak dapat lari dari kesilapan kan? Semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan. Amin...

8 Fakta Menarik Tentang Mati

1. Sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

2. Kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 – 20 saat selepas ia dipenggal.

3. Apabila Alexander The Great mati pada 323 Sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah diina di Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksirkan kos pengurusan mayat Alexander itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kos dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 biliion)!

4. Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah ‘mengambil’ nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

5. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

6. Mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya bahna pengawet di dalam makanan yang kita makan.

7. Satu lagi fakta, mayat mereput 4 kali lebih cepat berbanding yang ditanam didalam tanah.

8. Masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati.

Friday, October 24, 2008

Rupa Bentuk Bayi Di Dalam Gambar

Kowrang nampak tak apa yg aku nampak? cuba perhati kan gmbr ni betul2, gambar ni di ambil dr sg.melayu.com.

Allah itu Maha Besar dan Maha Agung. Sesungguhnya akal manusia yang waras amat sukar menerima hakikat bahawa alam dijadikan dengan begitu indah, luas, dikawal, diatur dan ditadbir oleh Allah s.w.t. semata-mata untuk menyempurnakan kehidupan manusia.

Keajaiban yang dapat dilihat dari ciptaan semulajadi ini ialah kewujudan gambaran seorang bayi yang berada dalam kandungan seorang ibu. Jika diperhatikan seorang bayi yang sempurna dalam kandungan ibu jelas dapat dilihat. Jika dilihat bemula dari kanan ia merupakan sepasang kaki bayi seterusnya ke kiri adalah kepala dan sehinggalah muka atau wajah bayi tersebut.

Justeru itu penciptaan alam dan manusia mesti mempunyai matlamat yang utama. Jika tidak, sia-sialah Allah s.w.t. menjadikannya. Sedangkan Allah s.w.t yang bersifat Maha Sempurna tidak akan manjadikan sesuatu yang sia-sia.

Thursday, October 23, 2008

NGERI, Kes Rogol & Bunuh


Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www. zaharuddin. net

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM .... Ertinya : Rasulullah s.a.w di dengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.
6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selainlebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun, Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Wednesday, October 22, 2008

Kisah Si Abang Popia...

> Hari ni kan dah masuk hari yg ke 3 kot, aku tak mkn nasi.. (tengahari laaa..) Aku kuar jek waktu lunch hour tu, tp semata2 nak p beli popia goreng kat gerai depan tu..

> Aku bukannya kedekut duit nak p beli nasi bungkus tuh, tp popia goreng abg ni sedap tau.. Sekali mkn mesti nak lg, tu yg aku duk usha kedai dia tu, BUKAN TUAN KEDAI ek..

> Alah, kalo aku beli nasi pun confirm tak habis, aku nie bukannya makan sgt..

> Selalu sgt aku dgr ayat ni, "kau ni mkn main-main lah... bila nak membesar kalau macam ni, ke diet?"... Ceh!!! tak ada maknanya aku nak diet, tak pernah ayat aku buat gitu..

> Tp mmg sedap ar Popia abg nie, ke bini dia masak? ahh lantak lah sapa yg masak pun, yg penting POPIA itu tetap menjadi pujaan hatiku!


Saturday, October 18, 2008

Peringatan Kepada Pengguna Maybank2u.com

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata. Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'. Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diterimanya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan keselamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya. Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel. Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal. Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank. Hati2...!

Thursday, October 16, 2008

Membaca, membaca & membaca

Hobi aku membaca, membaca dan terus membaca.. tak kisah lah citer apa pun.. kat email aku pun berlambak citer2 best lg dabomm.. kalo kowrang nak bg ar email, nnt aku send ek.

Org kata mcm budak skema kan? Iye ker? hampeh tol sapa yg ckap tue.. Ni antara koleksi buku2 yg aku paling syg. Novel & majalah comel Mastika. WAJIB beli tau!



Friday, October 10, 2008

Tebalnya Kabus

* Pagi tadi... aku nak g kejer... cam biasa lah kan kuar umah kul 7.30 pg..

*

kabus tebal giler. Silau mata aku, dah ar rabun.. nak wat cam ne, aku redah je la..

* mase tgh amik gmbr ni stereng kete aku menyimpang kt tgh jalan.. nak mati ker aku ni? kete kat blkg siap hon lg.. pergh!! sabo je lah..


Sunday, October 5, 2008

Sempat Gak Beraya...

Nie semua kawan2 mak aku, ada marhaban kat umah... buat sekali open house untuk kwn2 mak jek..

Ini sebenarnya keluarga Wahid ( baju merah), kawan sekerja kat Kem PLKN di Pahang...


Terima kasih buat Wahid sekeluarga sebab sudi dtg beraya ke rumah, 3 raya berturut-turut... thanks yer...ada mase dtg lah lagi.. boleh Lin masak kan lontong lg...
Nie kat rumah Dayat kat Lui Barat, sampai tgh malam kami duk bersembang.. lepas tue takut nak balik da, mana taknya..teringat cerita hantu kat TV "KEKASIHKU SERU"

Jun.. kalo aku kahwin, ko jadi pengapit aku ek...

Dari kiri, Liza, aku & Junaidah.. last aku jumpa liza nie lepas SPM tahun 2001, slpas 7 tahun baru kami jumpa balik... rindu wei kat kwn2 sekolah..

Habis Kereta Aku...

Hari Raya ke-2 ari tue, kami semua beraya di Batu Pahat, Muar & Kluang... tp ntah macam mana ntah mase aku nak pusingkan kereta, aku terlanggar batu kot, ntah batu belah batu bertangkup pun aku tak sure ar, kat depan tu ada bukit sket aku tak nampak... yg aku tau jer kete aku dah bercalar, huh alahai... termenung aku sekejap.. nak tgk? nie.... tp tak ada ar teruk sgt..

Saturday, October 4, 2008

KEnaNgan Di HaRi RaYa

Masa nie kami konvoi 6 biji kereta nak beraya ke rumah saudara- mara belah emak di Batu Pahat, Kluang & Muar... best giler...


IniLah SeBaHagiaN BeSaR keLuArga SaYa... Kat rumah nenek di Segamat, Johor...


Menantu-menantu atuk aku...
Ini anak-anak atuk @ adik-beradik mak aku @ senang citer semua ni pakcik-pakcik aku ar..


Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin..

Pelbagai Jenis Kuih Raya





Banyak kan biskut raya kat umah aku sampai tak termakan, semuanya sdap2 belaka.. bila dikumpulkan balik semua koleksi biskut raya nie, aku sendiri terkejut... punyalah banyak mak aku borong... alah, beli jer semua nie..main tunjuk2 lg senang. Meh lah dtg umah. tp duit raya tak der ar, biskut jer aku bole bg... yu hu..

Camana ek kalo dalam toilet kita ada ni.....

Ketika anda menolak daun pintu tandas anda perlahan2.......... tetiba nampak benda nie, apa kowrang nak buat?