KERJA SAMBILAN

BERMINAT UTK BUAT KERJA SAMBILAN?
SILA KLIK DI SINI....>
http://formulaluarbiasa.com/recommends/AZLIN-HASHIM







Saturday, September 27, 2008

Terpaksa Buat Report Polis!!!

Lembaran Tahun Baru 2009, sy mengenali seorang lelaki secara tak sengaja. Dalam bas! Umurnya 41 tahun! 2 minggu sebelum tu, setiap kali pergi kerja kul 7.30 pg & balik kerja kul 5.30 ptg, sy sentiasa merasakan ada org sedang perhatikan gerak geri sy.. Mulanya ingatkan perasaan jek.. tp lama2 sy jd takut.. Saya abaikan semua tu.

1 January 2009, dia tegur sy, sungguh sy tak tahu langsung dia lah makhluk tuhan yg ikut sy selama ni. Ada cerita yg kami sembangkan mengenai kerja, dia suruh sy tembak satu number hp, katanya Pegawai dia utk dptkan kerja.. Silap betul masa tuh, mati2 sy kena tipu! Dr situ dia tau number sy.

Sejak tu jugak setiap hari dia ganggu dengan meseg dan panggilan yg ntah apa2.. Sy tak pernah layan. Bunyi hp sy jd phobia dah. Bila sy off hp dlm masa 25 minit jek ada 109 missed calls masuk. Tak kira siang ke malam, kat tmpt kerja, sampai bos sy terpaksa masuk campur. Berkali2 warning di bagi, jgn ganggu sy lg, tp dia jenis tak makan saman.

Sy betul2 tak faham, kenal sy pun tak, alih2 nak ajak kahwin, Kenapa dia ni? Masalah mental ke? Beratus2 meseg dihantar ttg perasaan dia sampai sy tak larat nak baca. Sy abaikan semua tu, tp ingatkan dlm masa sy buat bodoh jek, dia dah putus asa.. Rupanya tak.. Hampir 2 minggu emosi sy terganggu. Dia ugut sy mcm2 selagi sy tak bersetuju utk berkahwin dgnnya.

Dipendekkan cerita, kat office satu kerja sy tak boleh buat. Hp sy berpuluh2 kali berbunyi, Bos sy angkat. D'org bergaduh sbb sy. Sy betul2 tension. Satu office nasihatkan sy buat report polis.. Takut sy diapa2kan kerana marah tak dpt kahwin... Disebabkan dia, sy terpaksa tukar number. Bukan tu jek, beberapa hari sy tak kuar rumah, kalau kemana2 pasti berteman!

Puas berfikir, adakah dgn cara buat report satu tindakan bijak? Macam2 yg sy fikir, nyawa.. keselamatan. Maklumlah, Pembunuhan berlaku kat mana2 tanpa ada sbrg amaran! Sy tekad, ptg tu jugak kami ke IPD Sepang atas aduan keselamatan. Slpas buat report, alhamdulillah sy tidak diganggu lg dgn benda2 mengarut tu.

Apapun, Jutaan Terima kasih yg tak terhingga buat CIKGU JINGGO yg byk membantu dan risaukan keselamatan sy masa tuh. Terima kasih jugak buat Sarjan Azman yg sampai sekarang sentiasa menghubungi sy utk pastikan sy selamat! Terima Kasih Semua!

Friday, September 26, 2008

Hatimu Bukan Milikku

Ku tercari-cari, di mana silapku...
Puas sudah ku bertanya
Namun kau tetap membisu saja
Hancurnya rasa hati, pedih tak terperi.
Hati ini bagai retak seribu
Berkecai tidak jua, bercantum tak sekali
Kesunyian semakin hari jadi teman hati
Rasa terkilan yang tak pernah padam,
Membuatkan ku bertambah terluka dan rebah tidak bermaya.
Sekuntum bunga di hujung tangkai penuh kecantikan
Waktu kau gugur seiring musim yang berwarna
Sekeping gambar di hujung kamar penuh persoalan
Tanpa cahaya gelap gelita seketika
Pertemuan kita tak pernah aku kesali
Perpisahan ini terpaksa ku relakan kau pergi
Walau pun pedih, ku tabahkan hati ini sekuat mungkin
Untuk melepaskan mu demi kebahagiaan mu kasih
Hati ini sering menangis saat kau tiada
Jiwa merintih pedih mengharap kau kembali
Peritnya ku mengharungi kerinduan yg menyakitkan..
Kalaulah kau tahu...
Kini ku tercari-cari penawar luka di hati
Agar tiada sendu di jiwa, mengenang kisah lama
Biarkanlah kisah silam pergi bersama kelam yang malam
Moga di saat ini kau mengerti
Kenangan cinta luka telah lama ku kuburkan,
Biarpun tak berkapan... malah tak bernisan.
Kini aku tahu... kau bukan milikku
Namun tetap ku doakan semoga berbahagia
Walau hatiku terluka, tak mengapa..
Kupanjatkan doa moga pintu bahagia sentiasa ada,
sebelum ku pejam mata..

Wednesday, September 24, 2008

Kisah Cik Tina & Kereta Baru

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :
Cik Tina : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, ibu!
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina: Kena tak ? Kena tak?
Farid: Belum ibu Undur lagi...
Cik Tina: Dah Belum...?
Farid: Belum lagi, lagi . TANG!!!!!!!!!!!
Farid: Okay ibu, dah kena, dah kena, dah kena dah!
Cik Tina: Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku, eh yg suka sangat tu apa hal!
Farid: Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !

Tuesday, September 23, 2008

Cerita Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat RAJIN belaka.. tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku..
Katanya : "saya adalah yang paling malas" Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam.....Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata: "saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"..

Bihun VS Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum,
"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!" hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak;
"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

Rumput & Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Sam Dol betullah..

TIPS UNTUK HILANGKAN KEDUT:
Gunakan stereka biasa dan untuk kedut yang agak degil, renjiskan air. (Jangan lakukan pada kedut muka, kalau buat juga, PADAN MUKA!)

DILEMA MEMILIH MENANTU: Anda boleh pilih yang beriman,berpelajaran, berpangkat dan sebagainya. tapi masalahnya nak ke dia pilih anda sebagai mentua?

Aku rasa kau kena diet laa.... Masa aku jumpa kau bersantai kat pantai aku nampak bot GREENPEACE hala ke kau! Nampak macam ikan paus tersadai kat pantai kot!

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah...

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka. DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

Perfume Special..

Ada sorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan. Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya."Ini perfume mahal tau.. jenama Beverly Hills, RM400 sebotol," katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.
Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. "Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau," kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagilar menyampah giler mamat tu. Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia lar nak keluar dari lif.

"Proootttt!!! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan "gas aslinya" dalam lif tu. "Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,"kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua-dua pompuan yang mula termuntah dalam lif.

Berebut Awek..

Ade 2 orang, sorang ni ZORRO dan sorang lagi ROBIN HOOD... 2 orang nie pergi kat Hutan... last-last die jumpa awek. awek ni keturunan orang Asli tapi cun..... pastu diorang buat satu pertaruhan untuk merebut awek nie.... die punye pertaruhan .. sape dapat membelah epal yang di letakkan atas kepala awek ni orang tu dapat berkawin dengan awek tuh....

mula-mula ZORRO.. die pun letak epal atas kepala awek tu.....die pegi sejauh 50 meter dan die baling pedang .. pedang tuh kena kat epal tuh.. terbelah lah epal tu...pastu die cakap "I AM ZORRO" (die macam berlagak la tuh)
Robin pulak ..die letak epal tuh ...die pegi sejauh 100 meter ..die pun panah epal tuh...panah die tercacak kat epal tuh...die pun cakap "I AM ROBIN"

pastu ade lak Orang asli lelaki lalu.. die pun rase tercabar pasal ..mane boleh biarkan orang asing kawin ngan orang keturunan die.....die pun try skali...die letak epal tu atas kepala awek tuh..die pegi sejauh 150 meter ..die pun keluar kan sumpit ..die sumpit..pastu sumpit die terkena kepala awek tuh..mati awek tuh ...pastu die pun cakap "I AM SORRY"

Sunday, September 21, 2008

Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

Saturday, September 20, 2008

Perginya Seorang Umat...

Petang semalam aku, emak dan nenek sempat melawat kubur arwah Atuk yang meninggal pd tahun 2000..
Walaupun takut tp jiwa aku tenang melihat deretan kubur yg di dalamnya telah bersemadi jasad2 yg tak ku kenal... Hati aku begitu sayu dan dipagari dgn seribu keinsafan yg bukan sedikit...
Semasa melalui byk2 kubur yg ada kat situ, tiba2 mata aku terpandangkan satu pusara yg masih baru... cantik! aku pergi ke kubur tu.. tp terperanjatnya aku bila aku terpandangkan nama yg tertulis kat batu nisan tu... Ya Allah!
Sungguh! mmg aku tak percaya.. berlari aku dptkan mak.. Sebenarnya kubur tu adalah milik Aswira Seran... w/pun tak mengenali arwah secara peribadi tp aku kenal siapa dia... lbih memeranjatkan aku tarikh kematian arwah sama dgn birthday aku.. 21 Mac 2008...( dia sahut seruan IIlahi..) knp aku tak tahu? ssb ms tu aku berada di luar kwsn...

Semoga mereka yg telah pergi ditempatkan di kalangn org2 yg beriman dan dijauhkan dr azab api neraka... Amin..

Al-Fatihah...
p/s: Gambar di atas sekadar hiasan..

Friday, September 19, 2008

Jgn Sesekali Salah Gunakan Bahasa Melayu Kita

Tersebutlah cerita yang dikatakan berlaku di sebuah pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu: (Kontraktor rumah = Abe Wan Din)

Kontraktor rumah : Ambo nak minta keluluse buak rumah, lagu mana caro?
Pegawai Bangunan : Lagu ni, mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado! Ambo bawak!
Pegawai bangunan : Mano, wak terbitla, kawe nak tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tok leh! Tok Leh!
Pegawai Bangunan : Wak po tok lehnyo!, Lekaslo wak terbit!
Kontraktor rumah : Kalu tok tengok tok leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh lo pasal kawe nak tengok, pas tu nak luluh kalu tak dok gapo-gapo hok langgar syarat.

Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyak doh, ambo malu benar.
Pegawai Bangunan : Malu wak gaponyo! Pas tu bawok pele mari sajo?
Kontraktor rumah : Ehhh! malu nak ghoyak, pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak po, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjuk, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wak terbit tunjuk kat mano? orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak po! Nak malu gapo la demo! Wak terbit atas meja kaunter ni! Lekas la kawe ado kerjo lain lagi nih! Sibuk beno ni! Kena Fahe la!

Kontraktor rumah : Nah! Ambo wak terbit ni ha! Cepatla tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa! (terkejut), buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi ke? Pele ambo kecik! Mu nok tengok jugak…
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besonyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingak pele nie! Kalu pele bangune, ado lo dale beg nie! Tok ngoyak pun pele bangune! Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingak demo fahe! Hok dok mari doh pun tok penah jadi lagu nie! Dok mano demo?
Kontraktor rumah : Gue Muse!

P/S: Cite ni utk suka2 jer... huah..huah...

KISAH 3 PONTIANAK

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak . Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata : "Ngkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"
Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Ngkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjuk skill terbang cam kilat. Amatlah terperanjatnya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power" Sambil mengosok gosok idongnya pontianak tu pun berkata, "Ngkorang nampak tembok batu tu ?" "Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err aku tadi yang tak nampak".

SIAPA YANG PERNAH MELIHAT BURUNG SAYA?

Ada seorang lelaki tua yang hobbynya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Karena menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi dia cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri... dan seorang wanita yang lain... maka kali ini merah padam pula muka si isteri..! Lelaki itu pun cabut lari. Menyesal tanya...

Friday, September 12, 2008

BOSS...

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya. Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti...

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama.

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kena bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen...
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama...

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh...
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu...
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kena pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak boleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

Tuesday, September 9, 2008

Nak Share Experience Kena CHIGUKUNYA

Kpd Belibuy & sape2 je lah yg berkenaan. Thanks lah sbb bertanya kemana aku menghilang. Ni jwpnnya. Hari tu, puasa yg ke 5. Dr pg lg aku mmg dah rasa tak sedap bdn dh.. kepala sakit semacm. Dr dahi smpai pngkal tngkuk. Mcm nak pitam. Berpinar2 mata aku. Aku duduk je kat dpn komputer tu, tak bergerk2 gerak da.. kalau aku bgun, sure aku tumbang..

Dari pukl 10 pg, jam bergerak ke pukul 11... kul 12.00... lmbtnya.. bila nak pukul 5 ni? Aku btul2 tak larat, nak balik.. bdn aku dah panas. Demam. Sejuk jgn ckaplah. Dah ar duk dlm air-cond.
Masa nak blik tu, semua sendi-sendi aku terasa sakit. Pergelngan tgn, kaki. Kejang. Eii mmg sakit ar. Selisih penyakit ni. Sapa pernah kena, dia je tau.

Lama aku termenung kt dlm kete. Sbnarnya aku tak yakin nak drive. Dgn keadaan mcm ni, slmt ke tak aku nak smpi kat umah ni? Uisyyh, jgn mengarut lah... raya dah dekat ni wei. Nak tak nak, aku bwk gak. Tp slow je ar. Kalau ikutkan, aku mmg tak biasa bwk kete slow motion cenggini. Mata cpt mengantuk. Kalau bwk laju aku fokus. Jln raya biasa aku wat mcm highway.

Masa drive tu, lg lah aku rasa sakit seluruh bdn. Nak tukar gear, Aduh... kaki nak tekan cluth mmg sakit. Dia tgkap sampai ke pinggang. 30 KM rasa jauh sgt..smpi umah aku terus masuk bilik. Tidur... Mak ayah aku dah naik risau tgk muka aku dah merah padam.

Mlm tu juadah berbuka puasa kami sumenya import dr bazar ramadhan. Mcm2 ada kt atas meja. Murtabak, Mee hoon sup, karipap sardin, air tebu, dgn Nasi berlauk.. Cukup. Tp aku tak sentuh lgsung. Aku cuma jamah secawan milo panas. Itu pun buat syarat je..

Lpas sembahyang maghrib, mak ayah aku bwk g Hospital Jempol.. smpai sana org bersusun nak tunggu. Aku terus kena panggil... suhu terlalu tinggi, bdn kurang air.. sampai tekanan darah jd rendah. Aku kena ambil darah & masuk air 3 btl... loya tekak kena mkn ubat. Aku ni kalau bab ubat payah sket.. Eii mmg payahlah. Mcm2 cara dah aku buat. Mkn ubat dgn pisang lah, orang kata sng. tp peliknya aku pisang 4 biji habis dah, tp ubat tak telan2 gak.

Smpi ke hari ni, demam dah kurang tp belum baik spenuhnya.. muka bengkak... bdn gatal2 ni. Kepala masih lg berdenyut... kiri kanan aku tmpal koyok.. aku kuatkan diri je g keje. Mls ar nak MC lame2.. Chigukunya ni dah merebak ke seluruh alam... merata negeri dah dia pergi... tp tak tau apa ubatnya. dgr cite wabak ni berjangkit dan akan berulang2... So, berhati2 lah ye... sy dah rasa. mmg sakit. Bdn jd lemah. Dlm masa 5 hari je berat bdn dah turun 5 kg. Kalau ada tanda tu, cpt2 lah jumpa doktor.

Mengenali Lelaki & Perempuan

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN!

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunungdengan semut.
Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita1. - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).
7. - talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. - wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampunkan ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Masya-Allah... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Wednesday, September 3, 2008

RESUME MTK KERJA

Surat ini memang betul diterima oleh MAS.

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System 21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja di sini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja di syarikat tuan dapat dipertimban gkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh -sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng sekolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja di sini.

Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat di samping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Sekadar utk Mengingatkan Sesama Sendiri

Hanya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya...
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Tuesday, September 2, 2008

TOLONG BACA... Penting Ni utk Umat Islam

Yang pasti.. ini bukan ayat al-Quran. Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita... Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara2 kita. Tolong Baca. Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ....

Perhatian..!!! Penting ni, kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject) Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam blog ini... Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan perkara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiki lah isinya juga... tengok keseluruhan.

Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Bible. Hati-hati ye..

Cite Kelakar..jgnlah amalkan..

COPY FROM MY FREN.... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni... sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah...

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak... aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang...maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas di belakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke mejamakan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal,tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..

Fuuuuhhh…….!!!!!!!!!!!!! lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur ntah aku bedal tadi…...Alamak...!!!!!!! ada lagi satu la... aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi...bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb... aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kalini memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu... lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...

Fuhh…. lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... Pehgggg….tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai lah..... mau mati bunga atas meja makan aku ni. sambil tu aku sebut 'ahhhh... lega...'. Adalah dekat5 minit baru bau bangkai tu hilang... Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat... lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku... laaa birthday aku hari ni le... camne bolehlupa ni... Aku buka le kain penutup mata aku... mulutku terusmelopong...

ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat... muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku denganjiran sebelah rumah aku pun ada!!...

Sumbangan : aline_aries@yahoo.com

KASIH IBU.... MAK...!!! Along Sayang Mak...

Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu. Bila lapar, yang suapkan aku..ibu. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu. Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Mak!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu. Bila menangis, orang pertama yang datang ..ibu. Bila nak bermanja.. aku dekati ibu. Bila nak bergesel? aku duduk sebelah ibu. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu. Bila nakal, yang memarahi aku? ibu. Bila merajuk? yang memujukku cuma..ibu. Bila melakukan kesalahan? yang paling cepat marah..ibu. Bila takut? yang tenangkan aku.. ibu. Bila nak peluk? yang aku suka peluk..ibu. Aku selalu teringatkan ..Ibu.

Bila sedih, aku mesti talipon? Ibu. Bila seronok? orang pertama aku nak beritahu?Ibu. Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu. Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!". Bila sakit, orang palin g risau adalah ..Ibu. Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu.. Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu. Bila ada masalah, yang palin g risau.. Ibu. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu. Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu. Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu. Yang selalu berleter kat aku.. Ibu. Yang selalu puji aku.. Ibu. Yang selalu nasihat aku.. Ibu.

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu. Aku ada pasangan hidup sendiri. Bila seronok? aku cari pasanganku. Bila sedih? aku cari Ibu. Bila berjaya? aku ceritakan pada pasanganku. Bila gagal? aku ceritakan pada Ibu. Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku. Bila berduka, aku peluk erat Ibuku.Bila nak bercuti? aku bawa pasanganku. Bila sibuk? aku hantar anak ke rumah Ibu.

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku. Bila sambut hari ibu? aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu. Selalu ?.. aku ingat pasanganku. Selalu? Ibu ingat kat aku. Bila..bila? aku akan talipon pasanganku... Entah bila.. ?aku nak talipon Ibu. Selalu ?aku belikan hadiah untuk pasanganku.. Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku..

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah..

Artikel ni aku ambil dr inbox email... bacalah... Sayangilah Ibu anda selagi dia masih ada. sebelum terlambat, kalau mereka dah tiada, nak menyesal pun dah tak guna...

Monday, September 1, 2008

DOA UNTUK MU...

Assalammualaikum w.b.t ...,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Ya Allah .... Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat .....
Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .... Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu. Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. Ya Allah ... kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah AMIN....

MALU SESANGAT...hrp2 aku tak jd camni..

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dier pun malu macam nak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dier keluar. Psychologist tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih." Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu." Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!" Mendengarkan kata-kata Psychologist tu jer, wanita muda tu terus meraung bagai nak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, uhwaaa..!!!"

KISAH SI AYAH

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka... Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahukepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!" "Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang. "Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?" Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

AL- KISAH BOS

Alkisah ada seorang lelaki yang berusia lewat 50an dan bekerja sebagai CEO di sebuah syarikat yang besar di KL. Pada suatu hari tu... Boss ni memanggil lah dia punya seketeri masuk ke ofisnya... seperti biasa seketerinya pun masuk la...Tolong buatkan saya surat untuk kita punya client... Si Boss ni pun mula la cakap dia punya mukadimahnya... biasa la Boss... malas nak tulis... cakap punya cakap... Boss ni pun pusing-pusing meja sambil tangan masuk dalam poket seluar... 10 minit kemudian acara mengarang ayat pun habis... si seketeri pun mula bersuara...

Seketeri : Boss... pagi tadi kan ...masa saya nak datang ke Ofis... saya nampak pintu garage boss terbuka...
Boss : (Dalam keadaan kelam kabut) ye ke... tak apa, nanti saya call rumah... terima kasih...
Si seketeri pun blah balik ke meja dia... dan si Boss pun call rumah diatanya wife dia...

Boss : Yang... tolong tengokkan garage rumah kita... pintu dia terbuka lah...
Bini : Tak la bang... baru tadi saya tengok... mana ada terbuka...
Boss : Iye... terbuka... cuba pergi tengok semula.
Bini : Tidakkkkk, tertutup... saya tahu lah bang...
Boss : Pergi la tengok... kalau tak terbuka macam mana orang boleh nampak?????Bini : Okay la... okay la.. Setelah setengah jam kemudian... masa Boss ni tengah relek-relek... baru dia perasan yang zip seluar dia terbuka... (dah memang perangai dia tak suka pakai underware... ) maka nampaklah... mengelabahlah si Boss ni memikirkan macam mana nak cover malu kat seketeri dia tu... dan petang yang sama juga...

Boss : Errr... pagi tadi masa you nampak garage I terbuka... ada tak you nampak BMW kat dalam tu?
Seketeri : Tak... yang I nampak cuma ada Mini Cooper; dengan dua tayar depannya pancit…
woakakaakakakaakakakkak.....Moral: Jangan berlagak... dan pastikan sentiasa berunderware.....